Kapten St.Mirren Ini Terkehel Tempurung Lutut, Tolak Kembali Lututnya Sendiri Dan Kembali Beraksi

Kapten pasukan wanita St. Mirren, Jane O’Toole melakukan sesuatu yang tidak disangka oleh ramai.

Pemain bola sepak wanita kelab Perancis ini bergelut dengan kecederaan, merawat dirinya sendiri dengan cara yang mengerikan, dan kemudian sambung kembali beraksi.

Sebuah video telah menjadi tular menayangkan insiden tersebut setelah ianya dikongsi oleh pihak kelab.

Di dalam klip singkat tersebut, O’Toole bertembung dengan seorang pemain Inverness dalam satu senario perebutan bola.

Pertembungan tersebut menyebabkan beliau terhumban ke tepi padang, tetapi mendarat dengan cara yang salah.

Pada mulanya ia kelihatan seperti satu insiden pertembungan biasa-biasa, sehingga O’Toole kelihatan menampar-nampar lututnya.

Rupaya pertembungan tersebut menyebabkan tempurung lutut O’Toole lari dari kedudukan asal.

Mungkin kerana semangat beliau sebagai kapten, O’Toole memaksa tempurung lututnya kembali ke posisi asal, sebelum kembali bangun untuk meneruskan aksi.

Dalam situasi tersebut, kebiasaannya kita menjangkakan pemain yang mengalami kecederaan sedemikian paling tidak dikeluarkan untuk diganti oleh pemain lain.

Apabila kedudukan tempurung lutut anda beralih, anda akan mengalami kesakitan di lutut dan sendi lutut akan membengkak.

Yang paling ketara adalah kelihatan tempurung lutut anda sudah berubah kedudukannya dari kedudukan asal.

Di dalam kes kebiasaan, anda perlu merujuk kepada seorang doktor dengan kadar segera,

Biasanya doktor akan memeriksa dan mengambil X-Ray sebelum membetulkan kedudukan tempurung lutut anda.

Tempurung lutut yang teralih akibat trauma jika tidak dirawat dengan betul mengakibatkan ia mudah teralih secara spontan di kemudian hari.

Namun tidak bagi O’Toole yang bersemangat waja. Walaupun St.Mirrien ketinggalan 6-0 pada ketika insiden berlaku, O’Toole tidak membenarkan rakan-rakan sepasukannya berjuang bersendirian.

 

Source link
Kapten St.Mirren Ini Terkehel Tempurung Lutut, Tolak Kembali Lututnya Sendiri Dan Kembali Beraksi

Add a Comment

Your email address will not be published.