“Kau Meninggal Baru Mereka Hentikan Penggambaran” – Izara Aishah Terpaksa Teruskan Berlakon Walaupun Muka Lebam & Gigi Sumpik

Walaupun mengalami kecederaan yang agak teruk sehingga muka lebam dan giginya patah, pelakon Izara Aishah mendedahkan dia terpaksa meneruskan penggambaran drama Ombak Rindu yang disiarkan menerusi platform iflix.

BACA : “Itu Video Lama, Bukan Video ABPBH 3.0” – Izara Aishah

Menerusi laman sosial Twitter miliknya, Izara memuat naik 4 keping fotonya yang menunjukkan bahagian lebam terutamanya pada bahagian muka, mata, bahu dan giginya yang sumpik.

“Ketika melakonkan babak dalam Ombak Rindu, sesuatu telah terjadi kepada saya.

“Ada scene dalam tu lebam saya lebam betul, bukan make up. Sebab tu wajah saya nampak pelik ketika itu. Mereka cuba untuk cover dengan make up.

“Shooting dekat Malaysia ni kau meninggal baru mereka nak hentikan penggambaran. Kalau tak kau kena teruskan juga,” – tulis Izara Aishah di Twitter.

Menurut Izara, pihak produksi terpaksa menutup lebamnya dengan menggunakan kaedah make up dan menjelaskan ada babak di dalam drama itu yang wajah lebamnya adalah lebam yang betul.

Perkongsian pelakon berusia 29 tahun itu menarik perhatian peminatnya dan ada yang mengatakan pihak produksi tidak patut membuat dirinya sedemikian.

The post “Kau Meninggal Baru Mereka Hentikan Penggambaran” – Izara Aishah Terpaksa Teruskan Berlakon Walaupun Muka Lebam & Gigi Sumpik appeared first on TEHPANAS.

Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.