Kelak Anda Boleh Membayar Pengisian Minyak Di Shell Menggunakan TNG RFID


Touch ’n Go hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Shell, dimana melalui kerjasama ini, Shell akan menawarkan sokongan membayar pengisian minyak di Shell menggunakan TNG RFID yang sedia terpasang pada kenderaan. Buat masa ini, tarikh implementasi untuk pengenalan ciri ini masih belum diumumkan.

TNG RFID adalah sebuah pelekat yang dilekatkan pada kenderaan, dan dihubungkan ke Touch ’n Go eWallet. Melaluinya, ia memudahkan pembayaran tol tanpa memerlukan sebarang peranti tambahan. Pihak Touch ’n Go juga kini memperlihatkan TNG RFID turut boleh digunakan untuk tujuan lain.

Dengan langkah ini, sebuah pengimbas akan tersedia untuk membaca tag RFID pada stesen minyak, dan pengguna boleh menolak baki terus daripada dompet digital Touch ’n Go untuk pengisian minyak. Ia sekaligus memudahkan lagi pengisian minyak tanpa anda perlu mengeluarkan dompet atau telefon pintar.

Selari dengan kerjasama ini, pihak Shell turut mengumumkan mereka akan menawarkan sekitar 10,000 tag TNG RFID secara percuma kepada pengguna antara 15 Februari sehingga 31 Mac 2020 kelak apabila pengguna membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 melalui dompet digital TNG. Disamping itu, pulangan tunai RM5 + RM2 turut disediakan apabila pengguna membelanjakan RM20 dan ke atas di stesen Shell seluruh negara – khusus untuk penerima eTunai di Touch ’n Go eWallet.



Kelak Anda Boleh Membayar Pengisian Minyak Di Shell Menggunakan TNG RFID

Add a Comment

Your email address will not be published.