Kemaskini Tampalan Sekuriti Oktober 2019 Adalah Kemaskini Terakhir Bagi OnePlus 3/3T


OnePlus 3/3T adalah peranti mercu OnePlus pada tahun 2016. Ia juga adalah kali pertama OnePlus memulakan strategi memperkenalkan variasi “T” untuk peranti mereka. Tahun ini sudah pun tahun ketiga usia OnePlus 3/3T dan dua peranti ini masih lagi menerima kemaskini Android Pie. Sedangkan peranti 2016 lain hanya tersangkut dengan kemaskini Android Oreo sahaja, malah ada yang langsung tidak menerima kemaskini.

Terkini, OnePlus telah mengedarkan kemaskini tampalan sekuriti bulan Oktober 2019 buat dua peranti ini. Kemaskini ini merupakan kemaskini terakhir bagi OnePlus 3 dan 3T. Ini bermakna, secara rasminya peranti ini telah tidak disokong lagi oleh OnePlus. Akan tetapi, bagi mereka yang kenal peranti OnePlus – peranti ini masih boleh hidup lagi kerana adanya komuniti yang aktif membina custom ROM untuk kedua-dua peranti ini.



Kemaskini Tampalan Sekuriti Oktober 2019 Adalah Kemaskini Terakhir Bagi OnePlus 3/3T

Add a Comment

Your email address will not be published.