Kenali Secara Ringkas, Takumi Minamino Yang Bakal Sertai Liverpool

Beberapa koresponden yang tier A untuk Liverpool menyatakan pemain Jepun, Takumi Minamino dalam proses menyertai Liverpool pada Januari akan datang.

James Pearce dan Melissa Reddy antara yang mengesahkan bahawa perjanjian asas sudah dipersetujui. Dan kini rundingan pada fasa akhir.

Takumi Minamino merupakan playmaker lincah yang kreatif dan boleh bermain di semua posisi serangan dan sokongan serangan.

Bagi peminat Liverpool, mereka pastinya lebih kenal dengan pemain ini selepas 2 pertemuan UCL berhadapan RB Salzburg.

Beliau mengumumkan namanya kepada dunia dalam 2 aksi tersebut.

Minamino dilahirkan pada 16 Januari 1995 dengan nama penuhnya sebagai Takumi Minamino.

Beliau adalah pemain kebangsaan Jepun yang bermain sebagai pemain sayap FC Red Bull Salzburg.

Minamino memulakan kerjaya bola sepaknya dengan Cerezo Osaka di Liga J. Beliau membuat 62 penampilan untuk kelab yang bertanding dalam Liga J itu.

Pada bulan Jun 2011, beliau terpilih menyertai pasukan U-17 Jepun untuk bermain dalam Piala Dunia U-17 edisi 2011.

Selepas prestasinya yang cemerlang di Jepun, FC Red Bull Salzburg telah terpaut dan terpikat kepada pemain ini.

Mereka menandatanganinya pada 7 Januari 2015. Dengan Red Bull Salzburg, beliau telah membuat banyak sekali penampilan kompetitif dan menjaringkan lebih 25 gol setakat ini.

Pada bulan Ogos 2016, Minamino menyertai pasukan kebangsaan Jepun U-23 untuk Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro.

Beliau bermain 3 perlawanan dalam dan menjaringkan gol menentang Nigeria .

Nama Penuh: Takumi Minamino
Tarikh Lahir: 16 Januari 1995
Ketinggian: 1.74 m
Berat: 67 kg
Umur: 24 Tahun
Negara / Kewarganegaraan: Jepun
Anugerah : J. League Rookie of the Year (2013)

Hari ini, Minamino adalah pemain penting skuad utama pasukan kebangsaan Jepun. Dan dikatakan dalam rundingan untuk menyertai Liverpool.

Source link
Kenali Secara Ringkas, Takumi Minamino Yang Bakal Sertai Liverpool

Add a Comment

Your email address will not be published.