Kerana Terlalu Rindu, Anak Gali Semula Kubur Ibu & Bawa Pulang Ke Rumah


Perasaan rindu yang melampau mendorong lelaki ini sanggup menggali semula kubur ibunya dan membawa pulang jenazah wanita itu yang baru saja dikebumikan 40 hari lalu. Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia, Nasir mengusung jenazah ibunya, Sumarto, di dalam guni dan dibawa pulang ke rumahnya selama dua hari. Pada awalnya, kejadian itu tidak diketahui oleh penduduk sehinggalah video Nasir cuba mengebumikan semula jenazah pada Ahad lalu, viral di media sosial.Difahamkan, Nasir membawa semula jenazah ibunya ke kubur setelah dipujuk oleh kakaknya.Jurucakap Polis Pakuniran berkata, lelaki itu dipercayai mengalami tekanan jiwa selepas ibunya meninggal dunia. Siasatan mendapati, anak ketiga dari empat beradik itu mengakui melakukan perbuatan itu kerana terlalu rindukan ibunya. “Dia menggali sendiri kubur pada waktu siang tanpa pengetahuan sesiapa. Kubur itu di tengah hutan dan jarang dilalui penduduk. “Kemudia dia memasukkan jenazah ke dalam guni dan dibawa pulang ke rumah. Perkara itu disedari kakaknya, Sul, yang memujuknya mengebumikan semula jenazah ibu mereka. Sumber: Harian Metro, Kompas via The Reportersumber Sehinggit Media News
Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!

var adfly_id = 573197;
var adfly_advert = 'int';
var popunder = true;
var exclude_domains = ['virealhub.com', 'kinistylo.blogspot.com'];

Source

Add a Comment

Your email address will not be published.