Kerusi Konkrit Ini Juga Berfungsi Sebagai Penghadang Serangan Pengganas


Di Perancis, Sweden dan UK telah berlaku beberapa kes pengganas yang menggunakan kenderaan berat sebagai senjata. Dalam kes paling serius di Nice Perancis pada tahun 2016, sebuah lori 19-tan digunakan oleh  Mohamed Lahouaiej-Bouhlel untuk menggilis ratusan mangsa yang sedang membeli belah bersempena Krismas.
Seramai 87 mangsa meninggal dunia manakala 434 mengalami kecederaan. Pasca serangan, penghadang konkrit yang biasanya digunakan sebagai pembahagi jalan telah digunapakai sebagai sistem menghalang kejadian dari berulang. Di New York ini menghalang pejalan kaki dan ia turut digunakan sebagai tempat duduk yang kurang selesa.
Ini memberikan idea kepada Joe Doucet untuk menghasilkan kerusi Rely. Ia terdiri daripada bongkah konkrit yang boleh disusun secara berangkai. Apabila dilanggar, Rely yang disambung menggunakan palang besi akan berfungsi menghentikan kenderaan. Pada waktu yang sama ia masih mempunyai fungsi praktikal sebagai kerusi apabila diletakkan di tempat awam.
Ia masih lagi kelihatan cantik di tempat awam walaupun mempunyai fungsi yang agak sinister sebagai penghadang serangan pengganas.


Source

Add a Comment

Your email address will not be published.