Kes Da’i Farhan Bertambah Rumit, Aduan JAIS Telah Dibuat

Kontroversi rumah tangga Da’i Farhan bersama bekas isteri pertama bertambah rumit apabila dia didakwa melanggar undang-undang keluarga Islam.

BACA : “Pergi Mekah Dengan Lelaki Lain, Balik Dengan Lelaki Lain, Ketentuan Allah?” – Michael Ang

Rakan baik kepada bekas isteri pertama Farhan, Nafsarah Maliki membuat aduan berkenaan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), di Shah Alam, hari ini.

Nafsarah yang diwakili peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim, ketika ditemui berkata pihaknya membuat laporan mengenai perkara itu untuk menghentikan insiden boleh dilihat sebagai penghinaan kepada kesucian dan imej agama Islam.

“Kenyataan Nik Ahmad Farhan di media sosial sebelum ini seolah-olah mempersendakan kesucian Islam dan boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina.

“Ini termasuk tindakannya mengamalkan poligami dengan isteri kedua tanpa kebenaran mahkamah,” – jelas Nasfarah kepada Harian Metro.

Menurut Nafsarah, Farrhan didapati menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris dengan talak satu di luar mahkamah tanpa kebenaran.

“Bagi kesalahan itu, Nik Ahmad Farhan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 125 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Nik Ahmad Farhan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” – Nafsarah.

Farhan juga turut melakukan penghinaan yang boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina melalui perkataan, perbuatan dan tulisan di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“24 Jam Sudah Berlalu…” – Ches Al-Maliki, Bekas Rakan Isteri Bakal Saman Da’i Farhan

The post Kes Da’i Farhan Bertambah Rumit, Aduan JAIS Telah Dibuat appeared first on TEHPANAS.

Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.