Kesilapan Manuel Neuer & Risiko Sebagai Sweeper-Keeper

Manuel Neuer disifatkan sebagai salah seorang sweeper-keeper terbaik dunia. Mungkin tidak lagi. Ia bergantung kepada siapa anda mahu lakukan perbandingan.

Namun jika perbandingan secara umum, Neuer mungkin masih boleh disenaraikan sebagai antara 10 penjaga gol terbaik.

Tetapi ia menjadi satu persoalan sekiranya ada yang percaya Neuer adalah penjaga gol yang lebih baik daripada Marc-Andre ter Stegen.

Secara jujurnya Neuer bukanlah penjaga gol yang sama seperti sebelum kecederaan serius yang dialaminya pada musm 2017/18.

Kecederaan tersebut menghadkan penampilan beliau kepada 4 perlawanan pada musim tersebut. Ia juga merampas keyakinan penjaga gol tersebut,

Sweeper-keeper

Sweeper-keeper adalah baka penjaga gol yang sentiasa ada tempat dalam di dalam bola sepak.

Dalam bola sepak moden pada hari ini, tidak ada yang siapa yang memopularkan baka penjaga gol seperti ini selain daripada Neuer.

Mungkin ramai yang keliru dengan konsep sweeper-keeper. Kami cuba menjelaskan ianya di sini.

Sweeper adalah posisi ataupun peranan pemain di dalam padang. Ia merujuk kepada posisi pertahanan tambahan di belakang pemain pertahanan terakhir ataupu bek tengah.

Dalam sistem pertahanan berlima ataupun pertahanan bertiga, ada jurulatih menjadikan seorang pemain lain sebagai sweeper.

Sifatnya yang lebih bebas di belakang pemain pertahanan terakhir membolehkan ia β€˜menyapu’ atau β€˜sweep’ bola yang terlepas dari garisan pertahanan akhir di hadapan beliau.

Jadi, sekarang ini, kita sudah maklum yang ball-playing merujuk kepada permainan. Sweeper pula merujuk kepada pertahanan tambahan di belakang garisan pertahanan.

Untuk bergelar seorang sweeper-keeper, anda juga perlu memiliki keyakinan yang tinggi, atau ia boleh memakan diri.

Bayern Munich vs Paderborn

Sejak kebelakangan ini kesilapan demi kesilapan sering kali menghantui karier Neuer. Misalnya dalam perlawanan menentang Paderborn semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Neuer gagal memintas Dennis Srbeny di sebelah kiri pertahanan, dan akhirnya terpaksa hanya menyaksikan lawan membocori gawang.

Mujurlah selepas gol tersebut, Robert Lewandowski meledak dua lagi gol untuk Bayern Munich mencatat kemenangan 3-2 ke atas lawan mereka itu.

Jika tida, ia pasti satu kesilapan yang akan membayangi Bayern Munich selepas perlawanan ini.

Β 

Source link
Kesilapan Manuel Neuer & Risiko Sebagai Sweeper-Keeper

Add a Comment

Your email address will not be published.