Kongres Maruah Melayu Punca Wong Yan Ke Zahirkan Protes Atas Pentas Konvokesyen.


Oleh : Wong Yan Ke#TolakRasis #UndurVCKENAPA SAYA MENGANGKAT PLACARD DI ATAS PENTAS SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN?Saya telah membuat keputusan untuk menunjukkan placard pada majlis konvokesyen hari ini sebagai bantahan sekeras-kerasnya terhadap ucapan Naib Canselor beberapa hari lalu yang berbau perkauman dan bersifat rasis. Mungkin ada di antara kalian hairan, sama ada semua ini berbaloi pada majlis konvokesyen mungkin yang pertama dan terakhir bagi saya, hanya kerana ingin menunjukkan ketidakpuasan.Saya harap protes ini tidak dilihat secara cetek semata-mata. Mesej di belakang keputusan ini adalah, apabila mahsasiswa/i atau para pensyarah mendapati seseorang pemimpin itu tidak berkelayakan, maka kita mempunyai hak yang sah untuk mengkritik dan meminta supaya individu tersebut memikul tanggungjawabnya dan memberikan penjelasan kepada kita.Saya pernah berbincang dengan beberapa orang pensyarah dari Universiti Malaya tentang Kongres Maruah Melayu. Sebenarnya mereka turut berasa terkejut dan malu dengan ucapan Naib Canselor pada hari tersebut. Mereka menentang perbuatan beliau yang menyalahgunakan nama Universiti Malaya untuk tujuan agenda parti politik, malah mempersoalkan bukti akademik yang menyokong tuntutan beliau dalam kongres tersebut. Apa yang lebih menyedihkan ialah kritikan-kritikan ini hanya boleh berlaku di belakang pentadbir, mereka tidak berkuasa untuk mempersoalkan kebertanggungjawapan Naib Canselor terhadap kesilapannya. Sampailah pensyarah-pensyarah mula bertanya sama ada organisasi gerakan mahasiswa/i akan mengambil tindakan kali ini.Apakah ini semua salah pensyarah-pensyarah?Bukan sepenuh-penuhnya. Tapi, ia telah mencerminkan masalah struktur universiti selama beberapa dekad ini, iaitu cara pentadbiran universiti yang bersifat pengurusan berpusat. Dari awal lagi jawatan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor semua dilantik oleh menteri, dan kemudian Naib Canselor diberikan kuasa untuk membuat pelantikan ahli akademik. Atas kebimbangan bahawa mereka akan ditindas dan dikenakan hukuman ataupun dipaksa meletakkan jawatan.Meskipun Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pernah bangga mengatakan bahawa beliau telah mengembalikan autonomi kepada universiti, tetapi kini empat universiti awam pula dipergunakan untuk menganjurkan kongres rasis ini sebagai balasan terhadap agenda politik konservatif UMNO-PAS. Ini merupakan satu amaran di depan mata kita yang tidak patut diabaikan lagi. Begitu jelas lagi nyata bahawa ahli politik hanya akan membelakangi prinsip integriti sekiranya konflik berlaku terhadap kepentingannya. Oleh itu, sebagai seorang warga universiti, setiap mahasiswa/i mahupun pensyarah bertanggungjawab dalam proses pendemokrasian kampus. Hak dan kuasa patut datang daripada kita, dan hanya melalui prosedur pemilihan yang demokratik, barulah kita dapat memastikan akauntabiliti pemimpin universiti kita, seterusnya memastikan hak individu terlindung dan membatasi isu penyalahgunaan kuasa.Seluruh lapisan masyarakat sememangnya memandang tinggi kedudukan dan pengaruh menara gading. Pendirian pihak universiti pasti memberikan pengaruh yang besar dalam pembentukan pemikiran masyarakat. Akan tetapi, tidak tersangka pula Naib Canselor Universiti menyokong kemungkinan dan keberkesanan dasar apartheid, dan mendalamkan prasangka tanggapan buruk sesama kaum dan menimbulkan ketegangan dalam hubungan antara kaum.Selaku seorang ahli elit, Naib Canselor seharusnya memahami bahawa naratif teori kontrak sosial dalam falsafah politik negara kita telah diputarbelitkan oleh politikus Malaysia selama ini. Kontrak sosial seharusnya diterima sebagai keterangan hak dan kewajipan antara individu masyarakat dengan pihak kerajaan. Kontrak sosial bukannya seperti kontrak perdagangan yang menjual-beli kepentingan kaum-kaum, misalnya kedudukan dan hak istimewa bumiputera diiktiraf dengan syarat kewarganegaraan diberikan kepada yang bukan bumiputera.Kontrak sosial adalah semangat yang terbentuk atas dasar konsesi dan etika masyarakat melalui proses renungan dan pengukuhan (reflective endorsement). Proses renungan ini mestilah disampingkan rasional, untuk memikirkan cara pengukuhan dan pembaikan sistem sedia ada untuk menerapkan kerjasama antara anggota masyarakat supaya menuju ke arah pembentukan masyarakat yang saksama. Oleh demikian, kita tidak seharusnya menindaskan hak-hak pihak lain semata-mata untuk membela kepentingan pihak sendiri. Ini bercanggah dengan prinsip kesaksamaan.Sebagai seorang jurutera, Naib Canselor seharusnya bertindak dengan lebih praktikal, seharusnya dapat memahami bahawa ini semua propaganda ahli politik yang sengaja menggambarkan kaum Cina sebagai lawan dalam bayangan yang gagah di bidang ekonomi. Pada hakikatnya, bukan kalangan umum yang mendapatkan pengagihan terbesar kek ekonomi kta, tetapi korporat-korporat gergasi. Anggota masyarakat yang hidup di bawah garis kemiskinan tidak membezakan identiti kaum.Sebagai seorang warganegara Malaysia, Naib Canselor seharusnya mampu menghayati kelebihan masyarakat majmuk kita, manakala prinsip saling menghormati, prinsip kebebasan dan kesamarataan adalah dasar yang mewujudkan keharmonian. Oleh yang demikian, Naib Canselor tidak harus menyokong pandangan politik yang menguar-uarkan dasar berat sebelah.Saya memahami bahawa isu perkauman di Malaysia tidak mungkin mempunyai penyelesaian dalam masa singkat akibat rangka kerja politik yang berbaur perkauman telah lama mengeruhkan keadaan, walaupun di bawah panji “Malaysia Baharu” yang dinaungkan kerajaan PH. Pada masa genting sebegini, bukankan pihak Universiti harus memainkan peranannya? Pihak Universiti seharusnya berperanan dalam menggalakkan saling menghormati, kemuafakatan dan keharmonian dalam budaya majmuk, dan mempertahankan nilai sejagat yang berhak dinikmati semua orang. Menara gading adalah tempat menimba ilmu dan kebenaran, bukankah itu tanggungjawab kita untuk mendidik rakyat kita supaya lebih rasional, kritis dan berdikari dalam pemikiran, supaya menjauhi kejahilan? Sesungguhnya peruntukan Universiti juga berasal daripada percukaian masyarakat, maka kita seharusnya lagi membalas jasa budi baik masyarakat dengan menggalakkan pembaharuan dan pembaikan yang mempertahankan kesaksamaan。Naib Canselor tidak dapat melaksanakan tanggungjawab beliau seperti yang dinyatakan di atas, sekiranya beliau masih lagi mempunyai kewarasan selaku seorang intelektual yang bertanggungjawab, saya meminta budi baik beliau untuk meminta maaf atas keterlanjurannya dan meletakkan jawatannya.Selain saya, saya yakin bahawa masih terdapat majoriti yang belum bersuara untuk menyanggah pendapat anda serta ahli-ahli politik yang lain.Saya juga memahami kesukaran dan keberanian untuk membawa perubahan. Usaha ini memerlukan kesabaran dalam proses penerangan untuk meyakinkan, ketabahan untuk menghadapi risiko, ketidaktentuan dan cabaran yang diajukan daripada pihak perkauman yang konservatif. Pihak konservatif ini hanya tahu untuk melemparkan stigma dan dakwaan yang berasas, mengapi-apikan ketegangan, dan tidak pernah rasional untuk dibawa berbicara.Seperti ujaran John Rawls dalam karyanya yang berbunyi, usaha untuk mengecapi kesaksamaan seimbas keadaan kita jatuh cinta, kita mungkin akan dilukakan, tetapi kita tidak menyerahkan diri daripada terus bercinta atas sebab risiko ini. Kerana kesaksamaan dan kasih itu adalah nilai yang penting sekali dalam hidup kita, hidup kita lebih bermakna sekiranya nilai-nilai ini dapat kita kecapi!Saya percaya, asalkan kita bersedia untuk berkhidmat, dunia kian menjadi baik. Walaupun perubahan yang dicapaikan tidak sebesar yang kami harapkan, dan berkemungkinan besar kami tidak dapat melihat impaknya dalam tempoh yang pendek. Tetapi, bukan ke reformasi dicapaikan dengan usaha dari semasa ke semasa, sedikit-sedikit, lama terjadilah bukit. Mengambil contoh insiden 509, rakyat Malaysia mengguna masa 2 dekad untuk menukar kerajaan BH yang korup dan rasuah. Saya percaya bahawa jikalau rakyat Malaysia boleh sentiasa memperkasa diri, masa itulah rakyat tidak perlu bergantung kepada parti-parti politik untuk membuat perubahan.Saya sesungguhnya percaya, ia masih berbaloi sekiranya kita berusaha untuk menegakkan nilai-nilai kebenaran! Sekiranya kita berusaha menyebar pegangan kami supaya orang ramai dicerahkan dengan kepentingan sistem politik dan masyarakat yang bebas dan saksama, maka kita boleh bentuk masyarakat yang ideal maka adil.

Add a Comment

Your email address will not be published.