Kronologi Ringkas 4 Individu Yang Ditahan Polis Kerana Menghina Islam Dan Perkauman.


JENAYAH I Semalam gempar apabila polis mengesahkan telah menahan empat individu kerana dipercayai menghina Islam dan membuat post yang mencetuskan perkauman.4 yang ditahan itu adalah 2 lelaki berbangsa india, satu lelaki berbangsa melayu dan satu wanita berbangsa melayu. Berikut adalah kronologi ringkas yang mendorong kepada penahanan empat individu tersebut;1. Pada 9 Julai 2019 PDRM menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun Facebook Zahrein Zakariah kerana didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad. Dan tangkapan dilakukan pada 11 September 2019 selepas individu itu hadir ke balai polis cawangan Dang Wangi bagi memberikan keterangan. Polis bagaimanapun menahan individu tersebut pada jam 2.45 petang dan merampas peralatan digital yang digunakan bagi membuat posting berbentuk penghinaan itu.2. Pada 16 Ogos PDRM mula menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun Facebook Ramar Nara. Dan pada 11 September 2019 polis menahan lelaki berketurunan india itu di Pelabuhan Klang pada jam lebih kurang 5 petang. Beberapa peralatan digital miliknya turut dirampas.3. Seorang perempuan melayu yang dikenali sebagai Nira Fira atau Ain Zafirah telah ditahan pada 11 September pada jam 4.30 petang di Seremban 3, Negeri Sembilan selepas satu siasatan ke atas wanita itu dijalankan pada 8 September 2019 kerana dipercayai menghina agama. Peralatan digital yang digunakan untuk membuat posting turut dirampas.4. Pada 9 September 2019, seorang lelaki berbangsa india telah memuatnaik satu video mengaibkan dengan tujuan melakukan pecahbelah di Youtube. Lelaki yang dikenali dengan nama Arunakiri itu kemudiannya ditangkap pada 11 September 2019 di Kelana Jaya. Peralatan digital yang digunakan untuk merakam dan memuatnaik video itu turut dirampas PDRM. – 13 September 2019.

Add a Comment

Your email address will not be published.