Kuasa Kewangan Man Utd Jatuh Teruk, Liverpool, Chelsea Top 10 Dunia

Manchester United kini hanya boleh berbangga sebagai kelab ke-16 dari segi kuasa kewangan di kalangan 100 buah kelab yang dinilai oleh Soccerex.

Soccerex menilai kelab secara global dari segi index kewangan berdasarkan nilai terkini skuad, aset dimiliki, kewangan di dalam akaun, dan potensi pelaburan serta nilai hutang.

Laporan terkini ini adalah berdasarkan baki tahunan dari 2017.18, iaitu laporan tahunan terakhir yang diterbitkan secara global, sebelum penyenaraan 100 kelab dengan kuasa ekonomi terhebat disenaraikan.

Paris Saint-Germain (PSG) kini memintas Manchester City di kedudukan teratas selepas kelab Ligue 1 itu melangsaikan hutang bernilai £58.2 juta.

Hutang City pula meningkat kepada £74.8 juta dalam tempoh kewangan yang sama.

Bayern Munich berada di tangga ketiga, Tottenham berada di hadapan Real Madrid di tangga ke-4, manakala Arsenal, Chelsea dan Liverpool masing-masing berada di kedudukan ke-6, ke-7, dan ke-8 di dalam senarai tersebut.

Manchester United pula jatuh dari kedudukan 10 teratas kepada kedudukan ke-16, jatuh lapan anak tangga berbanding laporan tahun lalu.

Walaupun Manchester United tampil sebagai kelab ketiga paling mencatat keuntungan di belakang Real Madrid dan Barcelona melalui laporan Deloitte, laporan oleh Soccerex pula menilai kuasa kewangan kelab tersebut secara keseluruhan.

 

Source link
Kuasa Kewangan Man Utd Jatuh Teruk, Liverpool, Chelsea Top 10 Dunia

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *