Kumpulan Garis Keras ‘Ultras’, Hanya Dibenarkan Hadir Jika Datang Dengan Mak Ayah

Fort William FC dianggap sebagai kelab bola sepak paling teruk di Britain kerana keputusan perlawanan sebelum ini.

Terbari, kelab ini sekali lagi mencuri tumpuan setelah tindakan mereka tidak membenarkan kumpulan penyokong garis keras Ultras daripada menghadiri perlawanan di tempat sendiri.

Larangan tersebut tidak dilakukan secara terus tetapi mempunyai syarat-syarat khas yang perlu dituruti jika ingin menonton atau menyokong pasukan dari stadium.

Sebaliknya mana-mana penyokong dari kumpulan ultras ingin menghadiri perlawanan membabitkan kelab tersebut, mereka harus ditemani oleh salah seorang ibu bapa.

Arahan terbaru itu dikeluarkan oleh Pengerusi kelab, Peter Murphy selepas beberapa kelakuan tidak senonoh dari kumpulan penyokong tersebut – rata-rata anak muda – yang menimbulkan masalah di Claggan Park.

Hanya jika mereka hadir ditemani oleh ibu bapa atau penjaga, penyokong-penyokong yang sudah dikenal pasti ini tidak akan dibenarkan memasuki stadium.

Kenyataan daripada pihak kelab berbunyi:

“Selepas beberapa kelakuan ‘yang tidak boleh diterima’ dilakukan oleh kumpulan penyokong ultras dalam beberapa perlawanan pada musim ini, kelab mengambil keputusan menggantung mereka daripada menghadiri perlawanan di tempat sendiri.

“Tetapi mereka hanya dibenarkan masuk jika ditemani oleh ibu bapa/penjaga.”

Fort William FC adalah sebuah kelab yang beraksi di Highland League mencuri tumpuan sebelum ini apabila tidak menang dalam semua perlawanan selama dua musim.

Ia bermakna penyokong tidak menikmati kemenangan selama 840 hari secara keseluruhan sepanjang tempoh musim berlangsung.

Fort William FC kini menduduki tangga terbawah liga, dua mata di belakang Lossiemouth yang memiliki kelebihan lapan perlawanan yang belum dimainkan.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai di kalangan kumpulan penyokong tersebut yang akan datang ke perlawanan bersama ibu bapa masing-masing dalam perlawanan menentang Nairn County pada hujung minggu ini.

 

Source link
Kumpulan Garis Keras ‘Ultras’, Hanya Dibenarkan Hadir Jika Datang Dengan Mak Ayah

Add a Comment

Your email address will not be published.