L’ Equipe Dedah Pemain Dan Pengurus Dengan Gaji Termahal

Akhbar sukan Perancis, L’Equipe mendedahkan pemain dan jurulatih bola sepak yang menerima gaji termahal pada tahun ini.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo seperti dijangka berada di dalam senarai, dan ia bukan perkara yang mengejutkan.

Namun ia tetap membuat ramai tertanya-tanya apabila Messi menerima bayaran hampir dua kali ganda diterima Ronaldo.

Pemain Barcelona itu dikatakan sedang mempertimbangkan masa depan dirinya di Nou Camp, selepas secara terbuka bertikam lidah dengan Pengarah Sukan, Eric Abidal.

Messi dilaporkan oleh L’Equipe menerima sebanyak €8.3 juta sebulan. Ronaldo pula hanya dibayar €4.5 juta sebulan.

Berikut adalah senarai lapan pemain dengan bayaran tertinggi dunia

8. Kylian Mbappe | €1.9m sebulan
7. Eden Hazard | €2.5m gross sebulan
6. Gareth Bale | €2.5m gross sebulan
5. Luis Suarez | Just under €3m sebulan
4. Antoine Griezmann | Just under €3m sebulan
3. Neymar | €3m gross Sebulan
2. Cristiano Ronaldo | €4.5m sebulan
1. Lionel Messi | €8.3m sebulan

Seperti yang anda dapat lihat, apa yang diperolehi oleh Messi adalah jauh lebih tinggi daripada yang diterima oleh pemain lain.

Neymar dan Mbappe turut berada di dalam senarai lapan pemain dengan bayaran tertinggi. L’Equippe turut mendedahkan 10 pemain dengan bayaran tertinggi di Ligue 1 beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Di Liga Perdana Inggeris (EPL) pula penjaga gol Manchester United, David de Gea adalalah penerima bayaran tertinggi dengan jumlah  €1.76 juta.

Ini diiukti oleh Mesut Ozil di Arsenal dengan bayaran €1.64 juta, Raheem Sterling (€1.4 juta), dan Paul Pogba (€1.36 juta).

Tidak ada pemain atau jurulatih yang menerima bayaran setinggi Pep Guardiola di England dengan bayaran berjumlah €1.94 juta sebulan.

Tidak hairanlah mengapa tumpuan tidak pernah lari dari Etihad apabila jurang mata dengan Liverpool begitu jauh.

Untuk rekod, jurulatih lain seperti Jose Mourinho dan Jurgen Klopp memperolehi €1.46 juta sebulan.

Tetapi Guardiola masih bukan jurulatih atau pengurus dengan gaji tertinggi di dunia.

Pengendali dengan pendapatan tertinggi di dunia adalah Diego Simone di Atletico Madrid iaitu sebanyak €3.6 juta sebulan!

Taktau nak cakap apa, dan tak boleh komen lebih.

 

Source link
L’ Equipe Dedah Pemain Dan Pengurus Dengan Gaji Termahal

Add a Comment

Your email address will not be published.