Lenovo Legion Y740S & Lenovo Legion BoostStation Dilancarkan – Set Gaming Baharu Dari Lenovo Yang Lebih Berkuasa


CES 2020 kini sedang berlangsung. Banyak syarikat teknologi hadir memperlihatkan produk-produk baharu, konsep atau juga produk kemaskini yang akan dijual di masa akan datang. Salah satu syarikat yang sertai CES 2020 ini adalah Lenovo. Lenovo kini telah melancarkan tiga produk baharu untuk para pemain permainan video yang amat berkuasa.

Produk pertama adalah komputer riba gaming Lenovo Legion Y740S. Ia dijana dengan cip pemproses Intel Core i9 generasi ke-10 dengan kuasa sehingga 5GHz. Lenovo mendakwa bateri boleh bertahan sehingga 8 jam lamanya, yang mana adalah agak hebat untuk sesebuah komputer riba gaming. Komputer riba ini juga hadir dengan papan kekunci baharu yang lebih enak ditekan, tindak balas pantas dan 100% jaminan anti-ghosting. Lenovo juga hadir dengan kawalan pintas Q-Control untuk mengubah mod prestasi dan turut mempunyai perisian khusus gaming Lenovo Vantage for Gaming. Untuk skrin, ia menggunakan 15.6-inci 4K panel IPS dengan sRGB, kecerahan 600 nits dan kadar segar semula 60Hz. Memori pula adalah sehingga 32GB RAM dengan storan dalaman SSD 1TB.

Akan tetapi, komputer riba gaming Lenovo ini tidak mempunyai kad grafik terbina. Ini kerana, ia hadir dengan sokongan eGPU dan Thundrbolt 3 untuk menggunakan kad grafik luaran. Oleh yang demikian, Lenovo hadir dengan Lenovo Legion BoostStation. Variasi yang ditawarkan adalah mengikut citarasa pengguna, sama ada kad grafik NVIDIA atau juga AMD. Ia mempunyai berat sekitar 9KG, menyokong pengecasan pantas, dan tidak perlu menggunakan apa jua alatan untuk memasang. Menambah pengalaman bermain permainan video, Lenovo hadir dengan pemacu khusu NVIDIA RTX GPUs dan Studio Drivers.

Produk seterusnya adalah Lenovo Legion Y25-25 Gaming Monitor. Sebuah paparan 24.5-inci FHD IPS, dengan kadar segar semula sehingga 240Hz. Lenovo juga menyertakan sokongan AMD Radeon FreeSync, menggunakan perlindungan anti-silau, kecerahan 400 nits dan perlindungan mata. Paparan lain pula adalah paparan jenis skrin melengkung Lenovo G32qc Gaming Monitor. Ia bersaiz 31.5-inci dengan resolusi QHD atau FHD (saiz 27-inci). Ia juga mempunyai AMD Radeon FreeSync, tetapi terhad dengan kadar segar semula 165Hz (27-inci) dan 144Hz (31.5-inci).

Terakhir adalah tetikus gaming Lenovo Legion M600 Wireless Gaming Mouse. Ia hadir dengan sokongan pengecasan pantas USB-C, masa pendam rendah, ketahanan bateri 200 jam dan menggunakan sensor optikal. Ia juga mempunyai kadar polling 1000Hz dan mempunyai dpi 16,000. Lenovo turut hadir dengan beberapa lagi aksesori gaming lain iaitu tetikus M300 dan papan kekunci Lenovo Legion K300 RGB Gaming Keyboard.

Harga adalah seperti berikut;

  • Lenovo Legion Y740S bermula dari sekitar RM4,500.
  • Lenovo Legion BoostStation eGPU pula bermula dari sekitar RM1026 dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX2060 atau AMD Radeon RX 5700 XT GPU.
  • Paparan Lenovo Legion Y25-25​ adalah sekitar RM1313.
  • Paparan Lenovo G32qc Gaming Monitor juga adalah sekitar RM1313.
  • Paparan Lenovo G27c Gaming pula adalah sekitar RM903.
  • Lenovo Legion M600 Wireless Gaming Mouse dijual pada harga sekitar RM328.
  • Lenovo Legion M300 RGB Gaming Mouse adalah lebih murah, iaitu sekitar RM123.
  • Akhir sekali Lenovo Legion K300 RGB Gaming Keyboard adalah sekitar RM205.



Lenovo Legion Y740S & Lenovo Legion BoostStation Dilancarkan – Set Gaming Baharu Dari Lenovo Yang Lebih Berkuasa

Add a Comment

Your email address will not be published.