Lenovo Memperkenalkan Papan Kekunci ThinkPad Sebagai Aksesori Untuk Komputer Dan Tablet


Lenovo sedia terkenal dengan penawaran komputer riba dibawah keluarga ThinkPad, dan salah satu kelebihan yang disertakan adalah papan kekunci yang sangat menarik untuk digunakan – terutamanya bagi mereka yang banyak menaip.

Terbaru, bagi anda yang turut ingin menikmati papan kekunci berkenaan pada komputer atau tablet anda, Lenovo telah pun memperkenalkan ThinkPad TrackPoint Keyboard II.

Ia merupakan sebuah papan kekunci yang dihubungkan menggunakan Bluetooth 5 atau sokongan nirwayar 2.4Ghz. Ia boleh digunakan bersama peranti Windows dan Android, selain dicas menggunakan USB-C untuk penggunaan sehingga dua bulan dengan sekali pengecasan penuh.

Lenovo dijangka memasarkan ia pada bulan Mei 2020 kelak, pada harga mencapai $99.99, iaitu sekitar RM410.



Lenovo Memperkenalkan Papan Kekunci ThinkPad Sebagai Aksesori Untuk Komputer Dan Tablet

Add a Comment

Your email address will not be published.