Liga Perdana Inggeris Akan Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Tersendiri Menjelang 2022


Liga Perdana Inggeris (EPL) ialah liga bola sepak yang mempunyai jumlah penonton tertinggi di dunia. Oleh sebab itu tidak mengejutkan pasukan seperti Liverpool dan Chelsea mempunyai peminat di seluruh dunia. Bagi memudahkan lagi perlawanan bola sepak ditonton oleh peminat, EPL mengumumkan akan melancarkan perkhidmatan penstriman mereka sendiri terus kepada peminat.

Perkhidmatan seakan Netflix ini akan menjual terus kesemua perlawanan bola sepak kepada peminat menerusi langganan bulanan. Rancangan melancarkan platform yang diberi nama jolokan “Premflix” ini diumumkan Richard Masters yang merupakan ketua pegawai eksekutif Liga Perdana Inggeris.

Dengan penawaran terus kepada pengguna, EPL dapat memotong orang tengah dan mengaut keuntungan secara terus. Ia juga memudahkan peminat menonton pasukan kegemaran tanpa perlu mengakses perkhidmatan penstriman cetak rompak yang kini bermaharajalela lela.

EPL menyasarkan perkhidmatan ini akan diuji menjelang 2022 selepas tamatnya tempoh lesen penyiaran sedia ada. Dengan pengguna yang semakin selesa menggunakan perkhidmatan penstriman dan membayar yuran bulanan, melanggan kepada perkhidmatan televisyen satelit kini menjadi semakin kurang relevan.

Apa yang kami rasakan menarik ialah EPL mengambil masa yang lama untuk melancarkan perkhidmatan seumpama Netflix mereka sendiri sedangkan ia telahpun dicadangkan peminat sejak lima tahun yang lalu.



Liga Perdana Inggeris Akan Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Tersendiri Menjelang 2022

Add a Comment

Your email address will not be published.