Lihat Gol Dominique Da Sylva VS Kedah Yang Lengkapkan Hatrik Dari Sudut Belainan

Terengganu FC menewaskan Kedah FA dengan jaringan 4-3 selepas pada satu ketika ketinggalan 3-1 dalam perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung di Stadium Darul Aman pada malam tadi.

Seraya itu, nama Dominique Da Sylva pantas meniti bibir penyokong bola sepak tanah air khususnya di kalangan penyokong Terengganu.

Bagi penyokong Kedah pula, kelibat penyerang antarabangsa Mauritia itu ibarat mimpi ngeri, setelah empat gol jaringan Dominique membuatkan skuad Lang Merah kendalian Aidil Sharin berputih mata di tempat sendiri.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Dominique berjaya meledak empat gol dalam satu perlawanan.

Ketika beraksi bersama Sai Gon FC pada 2018, pemain ini turut menjaringkan 4 gol untuk membantu pasukannya menang 5-2 ke atas Ha Noi FC di Liga Vietnam.

Dalam perlawanan menentang Kedah pada malam tadi, Dominique meledakkan jaringan pada minit ke-2, minit ke-64 dan minit ke-82 untuk melengkapkan hatrik pertamanya di Liga Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, penyerang berusia 30 tahun itu menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-84 perlawanan untuk memastikan Terengganu FC membawa pulang tiga mata berharga dari Stadium Darul Aman.

Gol ketiga jaringan Dominique dianggap yang paling cantik dari kalangan empat gol yang pemain ini hasilkan.

Menerima hantaran jauh rakan sepasukan, Dominique menewakan dua pertahanan Kedah, sebelum bijak melambungkan bola mengatasi pencapaian Mohd Ifwat yang meluru keluar.

Saksikan composure dan ketajaman pemain ini dari dua sudut berbeza seperti yang kami kongsikan.

 

VIDEO: TFC TV

 

 

 

Source link
Lihat Gol Dominique Da Sylva VS Kedah Yang Lengkapkan Hatrik Dari Sudut Belainan

Add a Comment

Your email address will not be published.