Lihat Off-The Ball Movement Mengelirukan Dari Haaland Untuk Gol Ke-40 Musim Ini

Erling Braut Haaland menjaringkan gol ke-12 dari lapan perlawanan untuk Borussia Dortmund, sekaligus membantu kelabnya itu menewaskan Werder Bremen 2-0 dalam aksi Bundesliga malam tadi.

Kemenangan tersebut bermakna Dortmund masih lagi berpeluang mencabar Bayern Munich untuk kejuaraan liga pada musim ini.

Selepas 23 perlawanan yang dilalui setakat ini, Dortmund berada di kedudukan ke-3 dengan 45 mata – ketinggalan 4 mata di belakang Bayern, dan 4 mata di belakang RB Leipzid di kedudukan kedua.

Beraksi di gelanggang lawan, gol oleh Halland dalam perlawanan ini hadir pada minit ke-66 perlawanan selepas menyambar hantaran cut-back oleh Achraf Hakimi.

Dortmund terlebih dahulu berada di hadapan hasil jaringan Dan-Axel Zagadou yang menyempurnakan sepakan penjuru dari Jadon Sancho pada miniy ke-52 perlawanan.

Namun ianya adalah gerakan dari pemain berusia 19 tahun itu yang berjaya mengelirukan pemain pertahanan lawan sehingga berjaya mencipta ruang untuk dirinya menyambar hantaran Hakimi yang mencuri tumpuan.

Anda boleh menyaksikan ulang tayang perlawanan melalui video dan pautan yang kami sediakan.

Haaland menyertai Dortmund dari Red Bull Salzburg pada Januari lalu turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada Selasa lalu.

Kemenangan tesebut memberi sedikit kelebihan untuk Dortmun sebelum berkunjung ke Paris untuk perlawanan timbali balik pertandingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) nanti.

Gol menentang Werder Bremen pada malam tadi bermakna Haaland telah menghasilkan 40 gol dari 30 perlawanan bersama Dortmun dan Salzburg musim ini.

 

Source link
Lihat Off-The Ball Movement Mengelirukan Dari Haaland Untuk Gol Ke-40 Musim Ini

Add a Comment

Your email address will not be published.