Liverpool Boleh Terus Kempunan Kejuaraan EPL Kerana Coronavirus

Coronavirus boleh menyebabkan tiada jaminan untuk Liverpool dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini walaupun mempunyai kelebihan ketara 22 mata di puncak liga.

Ia juga bermakna tiada jaminan tiga kelab terbawah akan tersingkir ke liga bawahan, jika senario rumit sebegini berlaku.

Penularan wabak Coranavirus di seluruh dunia menyebabkan wujudnya prospek kerajaan British akan membatalkan semua penganjuram jenis sukan di UK selama dua bulan.

Ini termasuklah saingan Liga Perdana Inggeris yang masih berbaki 11 perlawanan. Pembatalan untuk tempoh itu bermakna baki perlawanan tersebut tidak akan dimainkan.

Dalam erti kata lain, saingan EPL pada musim ini tidak lengkap dan mempunyai kemungkinan akan dibatalkan terus.

Senario ini akan menimbulkan krisis, dan perbincangan lanjut diperlukan untuk penyelesaian terbaik – sama ada keputusan sebelum ini dikekalkan, atau keseluruhan musim dibatal dan tidak diambil kira.

Dalam situasi ini, ia pasti tidak adil untuk Liverpool yang sudah menanti kejuaraan ini selama 30 tahun. Namun, ia turut tidak adil untuk 19 kelab lain, terutama tiga kelab yang akan diturutnkan liga.

Keputusan mungkin juga bergantung kepada peratusan perlawanan yang telah dilalui, dan jumlah perlawanan yang belum diadakan – peraturan sama yang digunapakai dala sukan lain.

Namun menyerahkan terus kejuaraan liga kepada Liverpool – masih memerlukan 4 kemenangan – pasti merupakan sesuatu yang kontroversi, dan tidak berlaku sebelum ini.

Pembatalan keseluruhan musim Liga Inggeris pernah berlaku pada musim 1939/40. Selepas tiga perlawanan, musim tersebut terpaksa dihentikan kerana meletusnya Perang Dunia ke-2.

Pada ketika itu, Blackpool adalah pendahulu Liga Divisyen 1, dengan kelebihan satu mata.

Senario sebegini turut akan mempengaruhi kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) – namun perlawanan play off mungkin jalan penyelesaian terbaik untuk pusingan kelayakan ini.

Apa pun keputusan oleh Premier League dan kerajaan, sukar tidak membayangkan sama ada Liverpool atau pasukan lain tidak akan mencabar keputusan ini di mahkamah pada kemudian hari.

 

Source link
Liverpool Boleh Terus Kempunan Kejuaraan EPL Kerana Coronavirus

Add a Comment

Your email address will not be published.