MacBook Pro 13-inci 2019 Anda Sering Tertutup Sendiri? Ini Penyelesaian Daripada Apple


Apple hari ini mengesahkan masalah sejumlah MacBook Pro versi 13-inci keluaran 2019 – dimana pengguna mengatakan ia tertutup secara automatik secara rawak walaupun mempunyai tenaga bateri berbaki untuk digunakan. Beberapa pengguna sebelum ini melaporkan yang mana MacBook mereka tertutup secara automatik walaupun mempunyai bateri berbaki sehingga 50%.

Untuk memperbaiki masalah berkenaan, Apple kini telah menerbitkan dokumen bantuan, menawarkan cara penyelesaian mudah.

Apple mengatakan, apabila MacBook Pro anda mempunyai tenaga bateri kurang 90%, anda diminta mematikan semua aplikasi, dan meletakkan ia dalam mod “Sleep”. Seterusnya, sambungkan pengecas, dan biarkan ia mengecas selama 8 jam secara minimum.

Sebaik sahaja selepas itu, pengguna diminta mengemaskini MacBook Pro 13-inci 2019 mereka kepada versi macOS terbaru.

Apple mengatakan sekiranya masalah tertutup automatik ini kekal selepas itu, para pengguna diminta untuk terus menghubungi pihak Apple.



MacBook Pro 13-inci 2019 Anda Sering Tertutup Sendiri? Ini Penyelesaian Daripada Apple

Add a Comment

Your email address will not be published.