Malaga C.F Perjelas Sebab Bawa Masuk Aaron Niguez

Malaga C.F telah mengumumkan bekas pemain tengah JDT, Aaron Niguez sebagai pemain baharu mereka semalam.

Tanpa berlengah, pemain tengah berusia 30 tahun itu terus menyeratai latihan bersama rakan sepasukan dan kelab baharunya itu.

Niguez sebelum ini pernah beraksi bersama JDT pada awal musim 2019.

Sign kontrak pun ada video Malaga C.F ni.😅

Posted by Grandstand Kita on Wednesday, 4 March 2020

Namun selepas tiga perlawanan, pendaftaran pemain ini sebagai pemain import telah digantikan dengan pemain dari Argentina, Leandro Velazquez.

Niguez bergelar sebagai ejen bebas selepas kontrak beliau bersama juara Liga Super itu tamat pada penghujung musim lalu.

Prestasi tidak menentu Malaga

Beraksi di Segunda Division, Malaga C.F yang dimiliki oleh usahawan daripada Qatar, Sheikh Abdullah bin Nasser bin Abdullah Al Ahmed Al Thani .

Selepas 30 perlawanan musim ini, Malaga kini menduduki tangga ke-13 dan hanya merekodkan 8 kemenangan sepanjang musim ini.

Sepanjang tempoh itu, Malaga hanya menjaringkan 27 gol, atau purata 0.9 gol untuk setiap 90 minit perlawanan. Ia bukan statisti yang boleh dibanggakan.

Pengalaman Aaron Niguez

Melalui kenyataan di laman sesawang Malaga C.F, antara sebab kelab itu membawa masuk Niguez adalah kerana pengalaman bekas pemain JDT itu.

“Beliau adalah pelatih di Valencia CF (2000-2006) dan mempunyai pengalaman beraksi di Copa del Rey dan UEFA Champions League pada musim 2006/07,” ujar kenyataan tersebut.

Selain daripada faktor pengalaman, Malaga melihat Niguez sebagai seorang pemain versatile yang mampu beraksi di beberapa posisi di bahagian tengah serangan.

Malah Niguez turut dianggap oleh Malaga sebagai seorang pemain yang mempunyai kemahiran teknikal yang baik, dan mampu membantu jentera tengah dan serangan pasukan untuk baki saingan pada musim ini.

Niguez miliki profil dikehendaki

Sebelum membawa masuk Niguez, Malaga sebelum itu telah membenarkan perpindahan seorang pemain tengah berusia 19 tahun, Antonin Cortes ke Granada.

Pemain yang mampu beraksi di bahagian serangan dan tengah itu telah adalah pemain penting Malaga setelah tampil dalam 14 perlawanan dan menjaringkan 3 gol pada musim ini.

Ketibaan Niguez juga bukan sahaja dilihat sebagai pengganti terus kepada Antonin. Malah pembelian Niguz turut menepati ciri-ciri yang dipinta oleh LaLiga untuk tujuan kawalan ekonomi kelab (ECP).

Di Sepanyol, ECP mengawal perbelanjaan yang boleh dibelanjakan oleh kelab untuk mendapatkan pemain termasuk melibatkan struktur gaji.

Laporan dari Sepanyol berkata Malaga hanya perlu membayar gaji minimum untuk mendapatkan Niguez – yang kebetulan ejen bebas dan percuma – untuk memastikan kelab tersebut tidak melanggar peraturan pertandingan.

Penutup

Kontrak Niguez bersama Malaga CF dilaporkan sehingga ke akhir musim ini. Peluang bersama Malaga ini pastii tidak mahu dipersiakan oleh abang kepada bintang Atletico Madrid, Saul Niguez ini.

Buat Aaron Niguez, kami ucapkan selamat maju jaya untuk karier bola sepak anda di Sepanyol.

 

 

 

 

 

 

 

 

Source link
Malaga C.F Perjelas Sebab Bawa Masuk Aaron Niguez

Add a Comment

Your email address will not be published.