Malaga C.F Sambar Bekas Pemain JDT

Bekas pemain import JDT, Aaron Niguez diumumkan sebagai pemain Malaga C.F dan akan beraksi bersama kelab divisyen kedua Sepanyol itu sehingga ke akhir musim ini.

Malah Niguez dilaporkan akan mulai menyertai latihan dan bertemu rakan sepasukan baharunya di Malaga pada hari ini.

Niguez merupakan saudara kandung kepada bintang Atletico Madrid, Saul Niguez. Beliau merupakan seorang ejen bebas sejak meninggalkan JDT pada akhir musim 2019.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu sebelum ini pernah tampil dengan beberapa pasukan di Sepanyol sebelum menyertai JDT pada 2019.

Namun Niguez hanya beraksi dalam tiga perlawanan untuk JDT sebelum beliau diganti oleh pemain import daripada Argentina, Leandro Velasquez.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aaron Niguez kerana menjadi sebahagian daripada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya menjulang Piala Sumbangsih 2019,” kata pengurus JDT, Luciano Figueroa pada ketika itu.

Isu perubahan taktikal telah menjadi sebab kenapa Aaron Niguez terpaksa dilepaskan. Ini demi untuk mengukuhkan lagi skuad JDT yang turut beraksi di musim pertama Liga Juara-Juara AFC pada musim tersebut.

Beliau juga menyatakan keputusan itu diambil selepas pemerhatian ke atas Niguez ketika sesi latihan serta beberapa perlawanan kompetitif.

Aaron Niguez boleh dikatakan pemain yang sudah menambat hati ramai penyokong JDT dengan kualiti permainan yang beliau tunjukkan dalam aksi Piala Sumbangsih 2019.

Tindakan menggantikan Niguez menyebabkan ramai penyokong JDT terkejut pada ketika itu. Niguez kini dikhabarkan sudah menyertai pasukan barunya menjalani latihan.

Source link
Malaga C.F Sambar Bekas Pemain JDT

Add a Comment

Your email address will not be published.