Mane Pernah Beri Amaran Kepada Robbo Mengenai Kehebatan Ismaila Sarr

Dua gol pemain sayap, Ismail Sarr membantu Watford menewaskan Liverpool sekali gus menamatkan rentetan 44 perlawanan tanpa kalah pendahulu Liga Perdana Inggeris itu sejak musim lalu.

Tetapi persembahan dan kebolehan Sarr seatutnya bukan perkara yang sepatunya mengejutkan skuad kendalian Jurgen Klopp.

Ini kerana pada awal musim, rakan senegara dan sepasukan di skuad kebangsaan Senegal, Sadio Mane pernah memberi amaran mengenai Kebolehan Sarr kepada rakan sepasukannya di Liverpool.

“Pada haru pertama beliau menyertai Watford, saya menghantar mesej selemat maju jaya kepada beliau, dan saya gembira untuk beliau,” kata Mane kepada The Atlhletic pada Ogos lalu.

“Beliau amat pantas, dan saya percaya mana-mana pemain pertahanan akan sukar mengawal beliau.

“Kali terakhir saya bercakap [mengenai Sarr] kepada Robbo [Andrew Robertson].

“Saya berkata: ‘Watford kini mempunyai pemain yang sangat bagus. Saya harus turun membantu anda [bertahan] atau Ismaila Sarr akan menyukarkan anda.

Mane bukan satu-satunya pemain yang memuji kebolehan yang dimiliki oleh Sarr.

Rakan sepasukan di Watford, Troy Deeney turut kagum dengan kelibat pemain antarabangsa Senegal itu dan meluahkan pujian selepas tamat perlawanan pada Sabtu lalu.

“Ismaila Sarr adalah pemain yang sangat hebat, beliau adalah bakat yang hebat,” ujar Deeney ketika bercakap kepada BBC.

“Beliau masih memiliki banyak perkara untuk dipelajari, dan beliau akan terus belajar. Malam ini ia adalah mengenai persembahan yang ditampilkan secara berpasukan.

Walaupun tampil dengan dua gol, Sarr sebenarnya masih tidak berpuas hati dengan pencapaiannya dalam perlawanan tersebut.

“Saya amat, amat kecewa kerana saya benar-benar mahukan bola itu,” ujar beliau kepada wartawan merujuk untuk membawa balik bola yang digunakan ketika perlawanan.

“Saya memiliki peluang yang amat baik untuk meledak hatrik. Saya akan cuba lagi pada perlawanan akan datang untuk mendapatkan mata demi pasukan saya.”

Bukan mudah untuk menjadi pemain yang berjaya merosakkan rentetan kemenangan dan rekod tanpa kalah Liverpool.

Tetapi kenyataan daripada pemain muda ini adalah gambaran kepada mentaliti yang dimiliki oleh beliau untuk pergi lebih jauh dalam karier profesionalnya.

Berbaki 10 hari lagi sebelum kunjungan ke Anfield, jelas sekali ini bukan skuad Atletico Madrid yang mengejutkan juara eropah, Liverpool sebelum ini.

Posted by Grandstand Kita on Monday, 2 March 2020

Siapa tahu, Ismaila Sarr akan menjadi Sadio Mane baharu di Liga Perdana Inggeris satu hari nanti.

Bagi Mane dan rakan sepasukan di Liverpool pula, keyakinan harus dipulihkan segera selepas dua kekalahan demi memastikan kemenangan mampu diraih ketika berhadapan Atletico Madrid 10 hari akan datang.

Source link
Mane Pernah Beri Amaran Kepada Robbo Mengenai Kehebatan Ismaila Sarr

Add a Comment

Your email address will not be published.