Marina Risau Tindakan Lampard Buat Harga Kepa Jatuh

Tindakan pengurus Chelsea, Frank Lampard menggugurkan Kepa Arrizabalaga ketika Chelsea seri 2-2 menentang Leicester City sebelum ini nyata tidak menyenangkan Pengarah kelab, Marina Granovskaia.

Dalam perlawanan tersebut, Lampard memilih untuk menurunkan Willy Caballero.

Menurut beberapa laporan lain dari UK, Lampard dilaporkan akan terus memberi kepercayaan kepada Calallero untuk perlawanan menentang Manchester United pada 17 Februari akan datang.

Chelsea akan melayan kunjungan anak buah Ole Gunnar Solskjaer di Stamford Bridge selepas tewas 4-1 dalam pertemuan diantara kedua-dua kelab pada perlawanan pembukaan musim ini.

Menurut Daily Mail, Marina tidak senang dengan tindakan Lampard kerana berpendapat tindakan tersebut akan menurunkan nilai pemain itu di pasaran pemain,

Marina membelanjakan £71 juta untuk mendapatkan Kepa dari Athletic Bilbao pada musim panas 2018.

Marina bertegas tidak akan menjual Kepa keluar dari Stamford Bridge pada harga kurang dari nilai tersebut.

Lampard turut dilaporkan mahukan penjaga gol baharu di Stamford Bridge pada musim panas lalu, dan perkara ini pasti mencetuskan suasana tegang diantara Marina dan legenda kelab itu.

Nilai Kepa ketika tiba di Chelsea sekaligus menjadikannya sebagai penjaga gol termahal dunia bagi mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang Alisson Becker (£65 juta).

Laporan sebelum ini mengatakan bahawa Arrizabalaga telah mengaktifkan klausa perlepasan bernilai £71.6 Juta untuk berhijrah ke Chelsea.

Menurut sumber media sebelum ini, Kepa menandatangani kontrak selama tujuh tahun untuk berada di Stamford Bridge.

Source link
Marina Risau Tindakan Lampard Buat Harga Kepa Jatuh

Add a Comment

Your email address will not be published.