Matthew Davies ‘Signing’ Terpenting JDT & Impaknya Kepada Harimau Malaya

Matthew Davies, pemain kacukan Malaysia-Australia telah diumumkan sebagai bek kanan skuad Harimau Selatan yang baharu sebantar sahaja tadi.

Ia bukan perkara yang mengejutkan setelah perkhabaran tersebut mulai tular di kalangan peminat bola sepak tempatan sejak beberapa hari yang lalu.

Malah pemain itu sebenarnya telah dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Super enam kali bertirut-turut itu sejak beberapa musim lalu.

Sehingga pada satu ketika, Davies sendiri terpaksa memberi kenyataan untuk menafikan khabar angin tersebut ketika sedang bercuti setelah tamat saingan musin lalu.

‘Rapid Rise’ Matthew Davies di Liga Malaysia

Mengimbau kembali karier pemain bek kanan ini di Liga Malaysia, Davies mulai beraksi bersama pasukan Pahang pada 2015 pada usia 20 tahun.

Pernah dianggap sebagai produk terbaik Australian Institute of Sport Football Program (A.IS) pada 2010, Davies pantas menjadikan posisi bek kanan skuad Tok Gajah menjadi miliknya.

Permainnya yang matang dan meyakinkan membuatkan Dollah Salleh tidak teragak-agak menjadikan Davies kapten pasukan termuda di dalam sejarah yang menjulang kejuaraan Piala FA pada 2018 – pada usia 23 tahun.

Begitu juga dengan posisi bek kanan skuad kebangsaan. Bermula dengan aksi bersama skuad Bawah 23 kendalian Datuk Ong Kim Swee, Davies yang turut pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Australia Bawah-19 Tahun tampil sebagai pemain terbaik negara di posisi tersebut.

Merupakan anggota skuad Sukan SEA 2015, yang mengakhiri saingan di tempat ketiga, dan naib juara dua tahun berikutnya ketika temasya di Kuala Lumpur, Davies juga adalah anggota skuad Piala AFF pada 2016.

Demikianlah pantasnya perkembangan karier Matthew Davies di Liga Malaysia bersama skuad kebangsaan di dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Selepas lima tahun, angin baharu amat diperlukan demi kelangsungan karier Davies.

‘Signing of the season’ oleh JDT

Bukanlah perkara yang menghairankan mengapa JDT mahukan Davies di dalam pasukan mereka.

Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan Davies akan menyertai JDT pada musim akan datang sebagai sebahagian daripada perjanjian pinjaman beberapa pemain JDT ke Pahang pada musim ini.

Ini adalah khabar angin yang kami tidak boleh sahkan. Tetapi terpulang kepada anda untuk menilai keseluruhan senario.

Welcome Matthew DaviesHidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, 16 February 2020

Namun demikian proses perpindahan tersebut dipercepatkan atas beberapa faktor keperluan yang ada di skuad kendalian Benjamin Mora.

Pertama, Davies dilihat sebagai pengganti tempoh jangka masa panjang untuk S. Kunanlan. Seperti semua sedia maklum, Kunanlan adalah seorang pemain yang boleh disifatkan sebagai ‘loyal servant’ kepada JDT selama ini.

Bukan sahaja setia dan sentiasa memberi yang terbaik kepada pasukannya, Kunanlan turut disifatkan mempunyai sikap profesionalisme yang tinggi – sesuai dengan acuan yang dikehendaki di kelab seperti JDT.

Namun pada usia memasuki 34 tahun pada September akan datang, kita harus akui keringat Kunanlan kini bukanlah pemain setangkas dulu.

Buktinya adalah ketika gol kedua Vissel Kobe dijaringkan oleh Kyogo Furuhashi sejurus selepas jaringan penyamaan oleh Safawi Rasid.

Furuhashi dengan mudah meloloskan diri dari kawalan untuk melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk Vissel Kobe kembali mendahului.

STATISTIK PEMAIN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM – AZRIF NASRULHAQ———JOHOR DARUL TA’ZIM FC PLAYER STATISTICS -…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, 4 December 2019

Perkara itu turut tidak dibantu oleh Azrif Nasrulhaq yang mengalami kecederaan serius ketika perlawanan pra musim di Dubai. Kekurangan ini menyebabkan JDT memerlukan pemain dengan kualiti seperti Davies dengan kadar segera.

Tidak dapat dinafikan kehadiran Davies di dalam skuad JDT seperti yang baru diumumkan sebentar tadi adalah pembelian terpenting untuk JDT demi memastikan mampu mengekalkan kejuaraan Liga Super, dan memberi saingan kompetitif dalam pertandingan seperti Liga Juara-Juara Asia (ACL 2020).

Apakah impak kepada Harimau Malaya?

Ketibaan Matthew Davies di JDT akan memberikan impak secara langsung kepada skuad Harimau Malaya kendalian Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe.

Sebelum ini, Tan Cheng Hoe sering kali meletakkan Mohamadao Sumareh sebagai pemain sayap menyerang kanan untuk membentuk persefahaman dengan Davies secara langsung.

Ia bukan langkah menghairankan mengambil kira kedua-dua pemain adalah rakan sepasukan di Pahang sebelum ini. Ini menyebabkan Safawi Rasid sering kali diletakkan berada di posisi kiri serangan pasukan negara.

Di JDT pula, Davies secara automatik akan bergandingan dengan Safawi di sebelah kanan. Jika kedua-duanya mampu membentuk persefahaman yang baik di dalam pasukan JDT, maka ia satu lagi nilai tambah dan kelebihan untuk pasukan negara.

Ini bermakna Tan Cheng Hoe mempunyai lebih banyak pilihan di bahagian sayap serangan, tanpa perlu lagi memikirkan keserasian pemain.

Penutup

Atas sebab seperti yang dijelasnkan di atas, kami percaya Matthew Davies adalah pembelian terpenting JDT pada musim ini. Selain daripada Davies, JDT turut mengesahkan Liridon Krasniqi sebagai pemain baharu mereka pada musim ini.

Buat Matthew Davies, selamat maju jaya kami ucapkan.

 

 

Source link
Matthew Davies ‘Signing’ Terpenting JDT & Impaknya Kepada Harimau Malaya

Add a Comment

Your email address will not be published.