Maxis Tawar 3GB Untuk Semua Pelanggan Pascabayar, 20GB Percuma Untuk Pembelian HotlinkMU


Maxis sebelum ini telah pun mengumumkan penawaran akses data percuma untuk melayari sejumlah portal-portal tempatan. Kini, selain daripadanya, Maxis turut mengumumkan penawaran data percuma untuk pelanggan mereka.

Menurut Maxis, mereka akan menawarkan pas internet 3GB secara percuma untuk semua pengguna pelan Maxis, Maxis Business dan juga Hotlink Postpaid mulai 27 Mac ini.

Selain daripada itu, untuk pengguna prabayar pula, pihak Maxis akan menawarkan data percuma sebanyak 20GB dengan pembelian pas Hotlink MU mulai 23 Mac. Pada masa yang sama, Maxis turut akan menawarkan pulangan tunai sehingga 30% untuk tambah-nilai melalui aplikasi Hotlink RED.

Pihak Maxis turut telah menyediakan sebuah halaman khas untuk tujuan ini, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk mengetahui penawaran yang disediakan oleh Maxis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Maxis PKP



Maxis Tawar 3GB Untuk Semua Pelanggan Pascabayar, 20GB Percuma Untuk Pembelian HotlinkMU

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *