Maya Nafi Sindir Orang Terengganu Tak Pandai Berbahasa Inggeris.


SEMASA | Kecaman yang diterima oleh aktress Maya Karin akhirnya dijawab oleh pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu dalam satu kenyataan di Facebook.Menurut pelakon wanita itu, beliau tiada niat untuk memperlekehkan sesiapa ini termasuklah memperlekehkan orang Terengganu sebagai tidak pandai berbahasa inggeris. Beliau juga berkata ketika itu forum sedang membincangkan mengenai pendidikan dan keyakinan pelajar muda.Dalam erti kata lain, Maya sebenarnya mahu menunjukkan anak muda tidak yakin untuk berbahasa inggeris di khalayak ramai.”Salam. Saya tak ada niat memperlekehkan sesiapa.Saya bukan focus pada orang Terengganu, kebetulan saya berbicara di University di Terengganu. Fokus saya adalah mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar muda kita,” katanya dalam satu kenyataan.Maya sebelum ini menerima kecaman hebat berikutan dianggap memperlekehkan orang Terengganu yang gagal menguasai Bahasa Inggeris.Pelakon itu pada awalnya berdiam diri sebelum memilih untuk menjawab kritikan itu pada Isnin. – 10 Oktober 2019.

Add a Comment

Your email address will not be published.