Media Kerajaan tak mainkan peranan, punca PH tewas di Tanjung Piai – Ilham Centre


Media Kerajaan didakwa menjadi punca kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini. 

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Muhd Yusri Ibrahim berkata, media kerajaan tidak memainkan peranan yang berkesan dalam menangkis serangan dan persepsi yang ditimbulkan kerajaan.

Selain itu, media kerajaan juga gagal menyampaikan maklumat kepada pengundi sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan semasa. 

“Kerajaan PH sekarang seolah-olah tiada mekanisme yang berkesan untuk menangani apa-apa saja persepsi negatif yang dikeluarkan oleh pembangkang. Semua isu-isu yang dikeluarkan tiada counter back daripada media-media kerajaan. 

“Jadi apa yang saya katakan, seolah-olah kerajaan PH kalah persepsi secara total pada pembangkang,” katanya memetik laporan dari MalaysiaKini. 

Di kesempatan itu, pembangkang menggunakan peluang itu memanipulasi pelbagai isu di media sosial kerana media kerajaan kurang berkesan dalam menangkis serangan pembangkang. 

“Jawapan kerajaan yang menggunakan media kerajaan contohnya macam RTM, semua itu tak cukup power untuk menakluki serangan-serangan melalui media-media lain,” katanya. 

(RTM dan BERNAMA adalah media rasmi kerajaan)



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.