Memperingati Kembali Ketika Alex Song Disanjung Menggantikan Fabregas Di Arsenal

Apabila Cesc Fabregas meninggalkan Arsenal pada musim 2011 selepas melakukan sekurang-kurangnya 15 assist pada setiap empat musim sebelum itu, ramai penyokong Arsenal tertanya-tanya.

“Siapakah yang akan menggantikan pemain tengah kreatif dari Sepanyol ini?”

Jawapannya: Alex Song!

Song menyertai Arsenal pada 2005 dan menjadi pemain utama di bawah kendalian Arsene Wenger pada permulaan 2010 – menjadi anchor di bahagian tengah sambil memberi perlindungan kepada bahagian pertahanan.

Namun pemain ini mempunyai kurang disiplin pertahanan, walaupun merupakan pemain yang sentiasa selesa dengan bola di kaki.

Ia seperti ditakdirkan posisi terbaik Song ialah untuk mengekspresikan kreativiti miliknya di bahagian tengah, dan selepas pemergian Fabregas, beliau memperolehi peluang yang diimpikan.

Permulaan yang perlahan

Hanya pada permulaan pertama pada musim tersebut, Song telah digantung tiga perlawanan kerana memijak kaki Joey Barton.

Hukuman tersebut menyebabkan Song terlepas perlawanan yang menyaksikan Arsenal dibelasah 8-2 oleh Manchester United di Old Trafford.

Beliau kembali lagi selepas itu dengan menghasilkan assist buat Gervinho dalam perlawanan menentang Blackburn. Malangnya Song turut mencetak nama sebagai penjaring gol sendiri dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan seterusnya, Song menjaringkan satu gol dengan rembatan deras dari penjuru luar kotak penalti untuk membantu Arsenal menewaskan Bolton 3-0.

via Gfycat

Ia diikuti oleh dia assist menentang Olympiakos dan Spurs – termasuk hantaran dari bahagian tengah yang membelah pertahanan lawan dalam derbi london tersebut.

Satu lagi assist untuk membantu Arsenal menewaskan Chelsea 5-3 selepas itu membuatkan Song dinobatkan sebagai pemain terbaik Arsenal untuk bulan Oktober. Itu baru permulaan.

Dalam bola sepak kita sering melihat gandingan-gandingan menarik yang amat memahami satu sama lain.

Xavi dan Iniesta, Gerrard dan Torres, Beckham dan Nistelrooy misalnya, dan tidak dilupakan Song dan Robin Van Persie.

via GIPHY

via Gfycat

Dua  assist ini misalnya semuanya dihasilkan dengan cukup cantik untuk pemain dari Belanda ini.

Tidak dilupakan juga assist yang dilakukan oleh Song kepada King Henry seperti di bawah:

via Gfycat

Pengakhiran kehebatan Song

Assist terakhir yang dihasilkan oleh Song pada perlawanan terakhir bersama Arsenal menjadikan jumlah keseluruhan assist kepada 14 pada musim 2011/12.

Kemudian pada musim panas itu, Song menerima cabaran untuk ke Barcelona dengan nilai perpindahan £15 juta.

Ia bukan perpindahan yang membuahkan hasil, tatkala posisi sama di Barcelona sering kali diisi oleh Sergio Busquets.

Bersama kelab Catalan itu, Song sering kali diletakkan di bangku pemain simpanan atau sebagai seorang center back. Ia merencatkan kreativitinya.

Song kemudiannya kembali ke London bersama West Ham selepas itu, namun perjalanan kariernya sudah tidak lagi sama.

 

Source link
Memperingati Kembali Ketika Alex Song Disanjung Menggantikan Fabregas Di Arsenal

Add a Comment

Your email address will not be published.