Michael Zorc Dedah Rahsia Dortmund Sailang Haaland Dari Man Utd

Pengarah Sukan Borussia Dortmund, Michael Zorc mendedahkan buat kali pertama bagaimana usaha luar biasa mereka untuk memancing penyerang Norway, Erling Bhaut Halland daripada Red Bull Salzburg pada jendela perpindahan Januari lalu.

Haaland adalah antara nama hangat di jendela perpindahan lalu, dengan Manchester United dikatakan serius untuk mendapatkan pemain tersebut.

Zorc berkata beliau memberi reaksi seperti seorang ‘budak kecil’ kerana kegembiraan selepas memastikan tandatangan Haaland untuk ke Bundesliga.

Lebih daripada itu, Zorc turut kegembiraan kerana Dortmund berjaya menewaskan Manchester United untuk tandatangan penyerang berusia 19 tahun tersebut.

Haaland melengkapkan perpindahan ke Dortmund dengan nilai yang dianggap rendah, iaitu €20 juta selepas pemain itu memutuskan untuk tidak ke Old Trafford.

Nak jadi target man? Nak jadi false 9? Nak jadi poacher? Baca input dari Haaland ini dulu.

Posted by Grandstand Kita on Tuesday, 28 January 2020

Sejak tiba di Jerman, Haaland kini telah menghasilkan lapan gol hanya dari empat perlawanan di semua pertandingan setakat ini, sambil menghasilkan rekod baharu kelab dan Bundesliga.

Melalui penampilan pertama ketika diturunkan sebagai pemain gantian, Haaland menghasilkan hatrik untuk membantu Dortmund menewaskan Augsburg 5-3.

Haaland kemudiannya menjaringkan lima lagi gol selepas itu untuk menjadi pemain pertama di Bundesliga menjaringkan gol dalam empat perlawanan pertama.

Selepas menyaksikan impak yang dihadirkan oleh Haaland, Zorc kini bersedia mendedahkan butiran bagaimana Dortmun meyakinkan pemain itu untuk memilih Signal Iduna Park dan menolak tawaran ke Old Trafford.

Rahsianya ialah dengan menunjukkan video atmosfera yang penuh emosi, diwujudkan oleh penyokong Dortmund ketika perlawanan dari bahagian Sudtribune di Signal Iduna.

“Beliau seperti amat sukakannya,” kata Zorc kepada Bild.

“Kami perlu melakukan sesuatu yang berlainan [untuk mendapatkan perhatian] untuk Haaland, dan ia bukan rahsia satu lagi kelab ternama [Manchester United] turut bekerja keras untuk memikat pemain ini.

“Saya seperti seorang budak kecil [selepas mendapat pengesahan dari Mino Raiola] bahawa urusan tersebut telah selesai.

“Haaland mempunyai personaliti yang sesuai dengan Borussia Dortmund, stadium, dan penyokong kami. Itulah definsi kelab ini dan apa yang Erling [Haaland] cari.

“Atmosfera sedemikian memberikan inspirasi kepada beliau, dan hasilnya seperti anda lihat telah diterjemah ke atas padang.

“Tetapi pada masa yang sama, kita harus memastikan untuk tidak terlalu meminta [dari Haaland] melebihi jangkaan.”

 

 

 

Source link
Michael Zorc Dedah Rahsia Dortmund Sailang Haaland Dari Man Utd

Add a Comment

Your email address will not be published.