Microsoft : Pengguna Atas Talian Malaysia Semakin Kurang Ajar Pada Tahun 2019
| |
Microsoft hari ini telah berkongsi penemuan mereka berhubung tinjauan Indeks Kesopanan Digital (Digital Civility Index). Tinjauan ini telah dijalankan pada 25 negara di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Berita baik bagi Malaysia ialah kita kini di tangga ke-4 dari segi kesopanan. Berita buruknya pula ialah warganet Malaysia adalah lebih kurang ajar berbanding tahun 2018. Indeks kesopanan Malaysia kini ialah 59 markah, satu mata lebih buruk berbanding 58 markah tahun lalu.
Malaysia hanya berada di belakang UK, Belanda dan Jerman dari segi kesopanan di atas talian tetapi di hadapan Amerika Syarikat. Lima negara dengan tahap kesopanan atas talian terburuk pula ialah Afrika Selatan, Peru, Colombia, Rusia dan Vietnam.
Di Malaysia lima isu yang paling menimbulkan perbalahan di atas talian ialah berkaitan agama, politik, orientasi seksual, kaum dan rupa bentuk fizikal.
Kajian risiko ini dikategorikan kepada 4 bahagian risiko tingkah laku seperti gangguan dalam talian, risiko mengganggu yang tidak diingini, risiko seksual dan risiko reputasi seperti doxxing (menyebarkan maklumat peribadi). Markah dikira berdasarkan respon dari 500 peserta dari setiap negara.
Microsoft : Pengguna Atas Talian Malaysia Semakin Kurang Ajar Pada Tahun 2019
I’m also commenting to let you be aware of of the excellent discovery my cousin’s child enjoyed checking your blog. She discovered a wide variety of details, most notably how it is like to have a marvelous coaching heart to get many more easily fully understand certain complicated matters. You actually did more than my desires. I appreciate you for delivering such great, healthy, educational and also cool guidance on that topic to Evelyn.