Miliki Mentaliti Berbeza, Bruno Fernandes Enggan Ditemuramah Media Sehari Sebelum & Selepas Perlawanan

Sejak ketibaan Bruno Fernandes, Manchester United tidak tewas dalam sembilan perlawanan sejak Februari lalu. Bayangkan jika pemain ini tiba di Old Trafford pada awal musim lalu.

Manchester United mungkin masih berada di belakang pasukan seperti Liverpool dan Manchester City untuk mencabar kejuaraan Premier League.

Namun jika itulah impian hierarki di Old Trafford dan Ole Gunnar Solksjaer dalam tempoh beberapa tahun, maka kehadiran dan mentaliti yang dibawa oleh Bruno Fernandes sememangnya amat diperlukan.

Ole Gunnar Solksjaer akhirnya mendapat khidmat pemain yang beliau impikan paa 29 Januari daripada Sporting Lisbon setelah spekulasi selama dua jendela perpindahan.

Prestasi semasa yang ditampilkan oleh pemain tersebut setakat ini membuktikan ia adalah pelaburan tepat daripada pihak United.

Sehingga kini, Fernandes telah menjaringkan dua gol dan turut menghasilkan dua assist daripada empat perlawanan.

Tetapi impak kehadiran Fernandes di Carrington sebenarnya adalah lebih daripada itu.

Mentaliti berbeza

Kisah ini pernah dikongsikan oleh akhbar The Times – yang mengilustrasikan mentaliti pemenang yang dimiliki pemain tengah antarabangsa Portugal ini, dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan prestasi United secara keseluruhannya.

Selepas tiba di pusat latihan Carrington pada hari beliau menandatangani kontrak, Fernandes terus dibawa untuk pemeriksaan perubatan.

Setelah menandatangani kontrak dan sesi fotografi untuk tujuan komersil, Fernandes terus menuju kepada Solksjaer dan bertanya: “Bolehkah saya memulakan latihan hari ini?”

Pemain-pemain lain tidak berada di Carrington pada ketika itu.

Fernandes berkeras menjalani latihan kerana mahu memastikan dirinya bersedia untuk penampilan pertamanya menentang Wolves.

Pada masa yangs sama, Fernndes boleh memilih untuk bercuti sehari dan menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang berusia 3 tahun.

Disiplin tersendiri

Fernandes terus membuatkan setiap kakitangan dan rakan sepasukan yang lain pada hari latihan seterusnya.

Salah seorang rakan sepasukan mendedahkan Fernandes sentiasa teruja terlibat dalam setiap perkara ketika latihan, dan rajin meminta bola untuk dihantar kepadanya.

Salah seorang kakitangan di Carrington berkata: “Jika beliau [Fernandes] berpendapat ada perkara yang tidak betul, dia akan tampil berterus terang pada ketika itu juga.”

Fernandes turut enggan ditemuramah oleh mana-mana media sehari sebelum dan selepas perlawanan untuk memastikan fokusnya untuk pasukan tidak diganggu.

Pemain ini juga tidak mudah berpuas hati. Tatkala rakan sepasukan lain lega mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Everton di Goodison Park, Fernandes pula sebaliknya.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu meluahkan kekecewaannya dan berpendapat United mampu beraksi lebih baik untuk memenangi perlawanan tersebut.

Nyata sekali Bruno Fernandes mempunyai mentaliti yang diperlukan untuk membantu United mencari kembali identiti yang sudah lama hilang.

Source link
Miliki Mentaliti Berbeza, Bruno Fernandes Enggan Ditemuramah Media Sehari Sebelum & Selepas Perlawanan

Add a Comment

Your email address will not be published.