Ming-Chi Kuo – MacBook Air Yang Dikuasakan CPU ARM Akan Diperkenalkan Pada Suku Keempat Tahun Ini


Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa penganalisa terkenal Ming-Chi Kuo menjangkakan bahawa Apple akan mula menjual MacBook Air dan MacBook Pro dengan papan kekunci Magic yang sama yang digunakan oleh MacBook Pro 16 inci.

Sambungan daripada itu, beliau turut menjangkakan bahawa Apple akan mula menjual komputer riba MacBook Air yang menggunakan cip pemprosesan jenis ARM pada suku terakhir tahun ini, sebagai cubaan sebelum mereka berhenti menggunakan cip pemprosesan Intel.

Jika benar, ini akan menguji kebolehan Apple untuk mencipta cip pemprosesan mereka sendiri, dimana ia mempunyai banyak cabaran, khususnya dari segi pembangunan perisian. Banyak syarikat pembangun perisian, malah Apple sendiri perlu membangun kembali perisian-perisian mereka untuk menyokong CPU baru tersebut.

Apple dijangka memperkenalkan peranti-peranti baru di acara tahunan WWDC mereka. Walaupun begitu, oleh kerana wabak COVID-19 yang sedang menular sekarang, tidak ada apa-apa yang boleh dikatakan secara pasti, kerana banyak kilang-kilang pembikinan komponen dan produk tidak berfungsi pada kapasiti penuh pada masa ini.



Ming-Chi Kuo – MacBook Air Yang Dikuasakan CPU ARM Akan Diperkenalkan Pada Suku Keempat Tahun Ini

Add a Comment

Your email address will not be published.