Mingguan Amanz – 5G Malaysia, Poco F2, JPJ Ujian Elektronik


Minggu ini menyaksikan SKMM memperlihatkan sejumlah projek dibawah demonstrasi rangkaian 5G di Malaysia. Menurut SKMM, mereka menyasarkan penawaran rangkaian 5G secara komersial seawal suku ketiga 2020 ini.

Selain daripada itu, Poco pada minggu ini telah mengumumkan operasi syarikat secara berasingan daripada Xiaomi, selain mengatakan bakal hadir dengan peranti Poco baru seawal Februari 2020 ini.

Vivo turut tidak ketinggalan, dan telah mula menawarkan diskaun untuk beberapa peranti mereka untuk pasaran tempatan, termasuk Vivo V17. Samsung pula kini hadir dengan pelan ansuran 36 bulan untuk Galaxy Fold, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan telefon boleh-lipat berkenaan pada harga diskaun.

Akhir sekali, JPJ kini berhasrat melakukan ujian pemanduan secara elektronik melalui penggunaan litar tertutup dalam kenderaan – sekaligus meningkatkan lagi integriti JPJ dalam ujian memandu.



Mingguan Amanz – 5G Malaysia, Poco F2, JPJ Ujian Elektronik

Add a Comment

Your email address will not be published.