Mingguan Amanz – Android 11, Unifi Gaming, Grab Teksi Terbang


Minggu ini menyaksikan pihak Google mengumumkan pengenalan Android 11 Developer Preview kepada pembangun – sekaligus membolehkan pembangun aplikasi bersedia dengan ciri-ciri baru menjelang pengenalan Android baru kelak.

Di Malaysia, beberapa peranti baru dijangka diperkenalkan, termasuk salah satunya adalah Honor 9X Pro yang bakal hadir dengan HMS. Dell turut tidak ketinggalan dan telah mula menawarkan Dell XSP13 dengan cip Intel Gen-10

Microsoft kini telah melancarkan aplikasi Microsoft Office untuk Android dan iOS, sekaligus memudahkan pengurusan semua dokumen Word, Excel dan PowerPoint dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja.

Telekom Malaysia kini telah mengumumkan yang mana mereka tidak membuat sebarang halangan terhadap pelayan permainan, dan masalah akses berkenaan adalah salah satu masalah yang turut dihadapi pada peringkat global.

Dan akhir sekali, kini Grab mengumumkan yang mana mereka akan membuat kajian implementasi perkhidmatan teksi terbang di Asia Tenggara.



Mingguan Amanz – Android 11, Unifi Gaming, Grab Teksi Terbang

Add a Comment

Your email address will not be published.