Mingguan Amanz – Cukai SST Digital, Teksi-Motosikal, Samsung Galaxy Unpacked 2020


Minggu ini menyaksikan permulaan tahun baru 2020, sekaligus implementasi cukai digital dimulakan – memberikan kesan terhadap pembelian aplikasi dan kandungan daripada Google Play, Netflix, Facebook, dan sebagainya.

Selain daripada itu, permulaan tahun baru juga menyaksikan permulaan perkhidmatan seru-pandu motosikal daripada Dego Ride dan juga GrabBike. Buat masa ini, ia hanya diuji sekitar Kuala Lumpur.

Samsung pada minggu ini telah mengumumkan acara Unpacked 2020 yang akan berlangsung pada 11 Februari 2020 – dimana Galaxy S20 dijangka dilancarkan.

WhatsApp kini telah menamatkan sokongan untuk beberapa sistem operasi lama, termasuk Windows Phone.

Dan akhir sekali, Dell telah memperkenalkan beberapa perkara baru bersempena CES, termasuk pengenalan aplikasi yang memudahkan pemindahan fail dan dokumen antara iPhone dan komputer Dell.



Mingguan Amanz – Cukai SST Digital, Teksi-Motosikal, Samsung Galaxy Unpacked 2020

Add a Comment

Your email address will not be published.