Mingguan Amanz – Honor 9X Malaysia, Xiaomi Mi Note 10, Grab Runcit


Minggu ini menyaksikan pihak Honor Malaysia melancarkan Honor 9X secara rasmi untuk pasaran tempatan, sekaligus menawarkan peranti yang dilengkapi sokongan GMS ini pada harga RM999 di Malaysia.

Selain itu, Xiaomi kini telah mengacah kehadiran Mi Note 10 untuk pasaran tempatan, sekaligus memperlihatkan mereka akan melancarkan telefon dengan 108MP untuk pasaran Malaysia pada awal Disember 2019 ini.

Untuk peminat jam tangan pintar, di Malaysia Garmin telah melancarkan sejumlah penawaran mereka pada harga bermula RM1250. Acer turut tidak ketinggalan dan telah mula menawarkan komputer riba dengan Intel Core Gen-10 untuk pasaran tempatan.

Bagi peminat kamera, Nikon Z50 telah mula ditawarkan pada harga bermula RM4598 di Malaysia.

YouTube tidak ketinggalan pada minggu ini dan telah mula menawarkan YouTube Music dan YouTube Premium untuk pakej pelajar pada harga serendah RM6.90.

Akhir sekali, Grab kini telah mula menawarkan perkhidmatan runcit melalui Grab Mart, terhad di beberapa kawasan buat masa ini.



Mingguan Amanz – Honor 9X Malaysia, Xiaomi Mi Note 10, Grab Runcit

Add a Comment

Your email address will not be published.