Mingguan Amanz – Honor V30 Pro, Apple AirPods Pro, Waze Harga Tol


Minggu ini menyaksikan sejumlah peranti baru dilancarkan, termasuk Huawei Y9s untuk pasaran Malaysia pada harga RM999, pelancaran Honor V30 dan Honor V30 Pro di China, dan pengenalan Apple AirPods Pro di Malaysia pada harga RM1099.

Realme turut telah mula mengacah kehadiran Realme X2 Pro untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi, bersama-sama Xiaomi yang akan memperkenalkan Mi Note 10 untuk pasaran Malaysia secara rasminya minggu hadapan. Sejumlah komputer riba turut telah dilancarkan pada minggu ini, daripada pihak Lenovo, HP dan yang lain.

Dalam arena pengangkutan, Grab telah mula mengambil pendaftaran untuk GrabBike (Beta) di Malaysia – sebelum memulakan penawarannya pada awal tahun hadapan. Dan akhir sekali, Waze kini telah mengemaskini paparan data, dan menyertakan paparan data berkaitan tol ketika memilih navigasi ke sesuatu destinasi.



Mingguan Amanz – Honor V30 Pro, Apple AirPods Pro, Waze Harga Tol

Add a Comment

Your email address will not be published.