Mingguan Amanz – Huawei Nova 7i, Off-Facebook, Emoji Baru 2020


Beberapa peranti baru telah mula diacah untuk dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, dan salah satunya adalah Huawei Nova 7i. Huawei Malaysia mengatakan bakal menawarkannya pada 14 Februari kelak.

Selain daripada itu, Unicode kini telah berkongsi beberapa emoji baru yang akan diperkenalkan pada tahun ini, termasuk antaranya adalah “Bubble Tea” dan juga selipar jepun. Dalam arena web, Facebook kini telah mula menawarkan Off-Facebook secara meluas, sekaligus membolehkan pengguna lebih mengawal data mereka.

Dan akhir sekali, Samsung pada minggu ini telah pun mengumumkan Samsung Galaxy Tab S6 5G, sekaligus menjadikannya sebagai tablet pertama dengan sokongan rangkaian 5G.



Mingguan Amanz – Huawei Nova 7i, Off-Facebook, Emoji Baru 2020

Add a Comment

Your email address will not be published.