Mingguan Amanz – MWC 2020 Dibatalkan, Samsung Galaxy S20, Xiaomi Mi 10


Minggu ini menyaksikan pihak GSMA mengumumkan pembatalan acara MWC 2020 yang dijadualkan pada penghujung bulan Februari ini, sekaligus memperlihatkan penangguhan pelancaran sejumlah peranti baru.

Samsung pada minggu ini telah memperkenalkan telefon mercu terbaru, iaitu Galaxy S20. Sebanyak tiga variasi diperkenalkan, selain sebuah telefon dengan skrin boleh-lipat, dinamakan Galaxy Z Flip.

Selain Samsung, Xiaomi turut mencuri perhatian pada minggu ini dengan pengenalan Xiaomi Mi 10 yang hadir dengan kamera 108MP dan dijana cip Snapdragon 865.

Dalam arena nirtunai, kerajaan negeri Sabah telah pun memperkenalkan SabahPay – sekaligus memudahkan urusan pembayaran ke sejumlah agensi melaluinya. TNG turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan kerjasama dengan DuitNow, selain mengatakan kelak pengguna akan boleh menggunakan TNG RFID untuk pembayaran di Shell.

Akhir sekali, ZTE telah pun memperkenalkan peranti pertama mereka berasaskan Snapdragon 865 dinamakan ZTE Axon 10s Pro.



Mingguan Amanz – MWC 2020 Dibatalkan, Samsung Galaxy S20, Xiaomi Mi 10

Add a Comment

Your email address will not be published.