Mingguan Amanz – Oppo Find X2 Pro Malaysia, Redmi Note 9 Pro, PlayStore Dark Mode


Minggu ini menyaksikan Oppo melancarkan telefon pintar Oppo Find X2 dan Oppo Find X2 Pro secara rasminya untuk pasaran tempatan, dan ditawarkan pada harga bermula RM3999. Selain daripada itu, Samsung juga turut telah mengacah kehadiran Galaxy Z Flip ke Malaysia.

Samsung Malaysia juga pada minggu ini hadir dengan perkhidmatan Galaxy Sanitizing Service untuk memastikan peranti anda bebas kuman.

Dalam arena peranti, beberapa peranti baru telah diumumkan pada peringkat global, termasuk Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro. Tidak ketinggalan adalah Vivo yang telah memperkenalkan Nex 3s yang hadir dengan cip Snapdragon 865.

Vivo juga turut telah mula mengacah kehadiran Vivo V19 untuk pasaran Malaysia dengan sokongan dwi-kamera hadapan. Huawei telah mula mengacah kehadiran Huawei P40 pada 26 Mac 2020 kelak.

Akhir sekali, Google kini telah memperkenalkan sokongan tema gelap pada kedai aplikasi mereka, Google Play Store.



Mingguan Amanz – Oppo Find X2 Pro Malaysia, Redmi Note 9 Pro, PlayStore Dark Mode

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *