Mingguan Amanz : PKP, Penawaran Data Percuma, Akses Kandungan Percuma


Minggu ini menyaksikan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, sekaligus mengehadkan pergerakan di seluruh Malaysia. Selari dengannya, sejumlah syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan akses data dan internet percuma kepada pelanggan.

Bukan itu sahaja, akses kandungan percuma juga turut disediakan oleh penyedia seperti iFlix, Astro dan juga Unifi TV.

Dalam arena peranti, minggu ini menyaksikan pengenalan peranti baru daripada Apple, iaitu MacBook Air baru dan juga iPad Pro dengan sokongan input tetikus.

Di Malaysia, Huawei telah mula menawarkan Huawei Mate Xs – iaitu telefon pintar dengan skrin boleh-lipat pada harga RM11,111. Tidak ketinggalan adalah Samsung dengan telefon Galaxy Z Flip pada harga RM5,888.

Oppo pada minggu ini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan, iaitu Oppo A91. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM999.



Mingguan Amanz : PKP, Penawaran Data Percuma, Akses Kandungan Percuma

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *