Mingguan Amanz – Poco X2, Galaxy Note10 Lite Malaysia, Huawei Mate30 Pro 5G


Samsung Malaysia pada minggu ini telah memperkenalkan sejumlah peranti baru, termasuk Galaxy Note10 Lite, Galaxy S10 Lite, Galaxy A71, dan juga Galaxy A51. Kesemua peranti sudah boleh didapati melalui kedai rasmi Samsung tempatan.

Selain Samsung, Huawei turut mencuri perhatian dengan memperkenalkan Huawei Mate 30 Pro 5G – sekaligus menjadikannya peranti pertama dengan sokongan 5G yang pertama menerima pengesahan pihak Sirim.

Poco pada minggu ini telah memperkenalkan Poco X2 secara rasminya di India, dimana ia hadir dengan skrin pada kadar segar semula yang tinggi.

Google Maps pada minggu ini menyambut ulang-tahun ke15, dan menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.

Akhir sekali, Setel kini telah mengumumkan bakal memperluaskan penawaran ke seluruh negara, dan menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.



Mingguan Amanz – Poco X2, Galaxy Note10 Lite Malaysia, Huawei Mate30 Pro 5G

Add a Comment

Your email address will not be published.