Mirip Wajah Mira Filzah, Ratu Cantik Terima Banyak Tawaran Berlakon Selepas Viral

Selepas beberapa foto milik Ratu Unduk Ngadau 2018, Nicole Alphonsus yang dikatakan mirip pelakon Mira Filzah viral di media sosial, gadis berasal dari Sabah itu menerima banyak tawaran untuk berlakon.

BACA : “Saya Memang Tampar Betul-betul” – Zul Ariffin Ditampar Mira Filzah Sebanyak Enam Kali

Menurut Nicole yang mewakili Karambunai semasa pertandingan Ratu Unduk Ngadau 2018, sebelum ini dia tidak menyedari wajahnya seiras Mira Filzah sehinggalah ada rakannya yang menegur tentang wajahnya itu.

“Sebenarnya ramai yang menegur sebelum ini, tetapi saya tidak rasa wajah saya sama dengan pelakon itu.

“Tentang persamaan itu, kawan saya yang perasan dulu dan tag saya di media sosial. Jika tidak saya langsung tak tahu,” – jelas Nicole kepada mStar.

Bagaimanapun, dia sendiri tidak menafikan bahawa terdapat juga individu yang memberi respons negatif dan menganggap dia hanya menumpang ‘glamor’ dengan kelebihan ini.

“Ada sahaja yang beranggapan yang saya hanya menumpang glamor, tetapi sejujurnya saya sendiri tidak tahu bahagian mana yang membuatkan saya sama dengan Mira Filzah.

“Bagi saya setiap orang ada kelebihan masing-masing dan siapa saya untuk menghalang mereka berkata seperti itu,” – Nicole Alphonsus.

Nicole menganggap persamaan wajah dengan aktres itu hanyalah satu kebetulan dan perkara itu turut memberi kesan positif apabila dia menerima tawaran berlakon daripada beberapa produksi dan dalam bidang peragaan.

Namun, pekerjaannya sebagai pegawai bank di Kota Kinabalu menjadi kekangan untuk dia menerima tawaran berkenaan.

The post Mirip Wajah Mira Filzah, Ratu Cantik Terima Banyak Tawaran Berlakon Selepas Viral appeared first on TEHPANAS.

Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.