Mohon Dan Semak Bantuan Ke IPT MAIK Kelantan


Mohon dan Semak Bantuan ke IPT MAIK Kelantan, bagaimana? Ketahui Panduan Mohon dan Semak Bantuan ke IPT MAIK Kelantan.

Mohon dan Semak Bantuan ke IPT MAIK Kelantan ni sebenarnya mudah sangat. Pada zaman serba canggih ni, banyak cara dan kemudahan di hujung jari untuk memudahkan urusan anda. Dalam entri kali ini Lebih Info  berkongsi Mohon dan Semak Bantuan ke IPT MAIK Kelantan

Mohon Dan Semak Bantuan Ke IPT MAIK Kelantan

Nak tahu cara Mohon dan Semak Bantuan ke IPT MAIK Kelantan? Baca entri di bawah!

Bantuan Ke IPT

Hadiah saguhati diberi kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan tertentu (bergantung kepada negeri), yang berjaya melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi merupakan insentif yang biasa kita dengar.

Seperti negeri-negeri lain seperti Selangor, kerajaan negeri Kelantan melalui Majlis Agama Islam Kelantan turut menawarkan insentif yang sama untuk pelajar-pelajar yang berasal dari Kelantan yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA.

Bantuan Ke IPT MAIK Kelantan

Bantuan Ke IPT MAIK Kelantan untuk bantuan sambung belajar ini diberikan khas kepada anak Kelantan yang melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA (universiti awam) untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa (Degree) sahaja.

Kadar Bantuan Ke IPT MAIK Kelantan

  • Pengajian peringkat Ijazah – RM 2,500.00
  • Pengajian peringkat Diploma – RM 1,700.00

Wang akan disalurkan melalui akaun BSN dan Bank Islam.

Syarat Permohonan Bantuan Ke IPT MAIK

Berikut adalah  syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum memohon

Syarat-Syarat Utama Permohonan

  1. Permohonan terbuka untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.
  2. Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.
  3. Permohonan bantuan  zakat ke  IPT  boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT  tersebut.
  4. Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa.
  5. Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.
  6. Pendapatan keluarga yang rendah.
  7. Tiada harta yang ekonomik.
  8. Ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  9. Warganegara malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan.
  10. Bidang pengajian yang memberi manfaat umum.
  11. Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak

Syarat-Syarat Khusus Permohonan

  1. Merupakan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT bagi pelajar semester satu sahaja.
  2. Pemohon layak memohon sebelum tarikh daftar atau selewat-lewatnya 2 bulan selepas tarikh pendaftaran di institusi pengajian masing-masing.
  3. Pemohon terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah
  4. Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan.
  5. Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hokum syara’.
  6. Bantuan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di IPT.
  7. Kadar maksimum pendapatan isi rumah mengikut tanggungan keluarga adalah sebagaimana berikut:

Pendapatan Kasar< RM 1000 = 1 Tanggunggan

Pendapatan Kasar RM 1000 – RM 1500 = 2 Tanggunggan

Pendapatan Kasar RM 1500 – RM 2000 = 4 Tanggunggan

Pendapatan Kasar RM 2000 – RM 2500 = 5 Tanggunggan

Pendapatan Kasar RM 2500 – RM 3000 = 6 Tanggunggan

Pendapatan Kasar RM 3000 – RM 3500 = 8 Tanggunggan

Panduan Memohon Bantuan Ke IPT MAIK

Cara memohon bantuan sumbangan Bantuan Ke IPT MAIK adalah seperti berikut.

Langkah Memohon Bantuan Ke IPT MAIK

  • Langkah 1: Layari laman sesawang MAIK. Klik SINI.
  • Langkah 2: Isi permohonan dalam talian.

Untuk langkah-langkah selanjutnya, sila rujuk Manual yang disediakan pihak MAIK.

Untuk muat turun manual, klik SINI.

Dokumen-Dokumen Berkaitan Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen berkaitan :-

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
  • Salinan Surat Tawaran IPT.
  • Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
  • Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
  • Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
  • Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
  • Salinan Slip pencen sekiranya bersara

Semakan Bantuan Ke IPT MAIK

Untuk membuat semakan permohonan anda, sila ke portal semakan yang disediakan MAIK dan masukkan nombor kad pengenalan yang dihantar semasa permohonan.

Untuk ke portal, klik SINI.

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah semasa dalam proses Mohon dan Semak Bantuan ke IPT MAIK, atau apa-apa masalah lain berkaitan dengan bantuan IPT, anda boleh menghubungi MAIK pada talian berikut:

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan

  • Telefon : +609-7481512
  • Bebas Tol : 1-800-88-6060
  • Faksmili : +609-7485512
  • Emel : maik (at) e-maik (dot) my
  • Portal Rasmi : www.e-maik.my

Mereka pasti berusaha untuk membantu mengatasi masalah anda.

Kesimpulan Mohon dan Semak Bantuan ke IPT MAIK 

Semoga perkongsian diatas ini dapat membantu anda mengetahui apakah cara-cara dan panduan untuk Mohon dan Semak Bantuan ke IPT MAIK Kelantan supaya anda yang layak memohon boleh tahu cara-caranya. Sekarang semuanya di hujung jari!

Artikel Mohon dan Semak Bantuan ke IPT MAIK Kelantan yang kami sertakan dalam entri bolehlah digunakan sebagai petunjuk untuk anda. Kongsikan dengan kawan-kawan dan keluarga.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya.



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published.