Mohon Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP


Panduan Mohon Bantuan Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP, bagaimana? Ketahui cara mohon dan maklumat penting tentang bantuan ini.

Asnaf merupakan golongan yang perlu ditolong untuk memberi peluang kepada mereka agar mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan.

Lebih Info akan kongsikan berkenaan Mohon Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Mohon Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP

Baca dan semak panduan Mohon Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP

Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP bertujuan untuk membantu meringankan beban asnaf dengan menyalurkan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.

Perlu diingatkan, ini bukanlah Pinjaman Peribadi seperti Pinjaman Membeli Kereta Terpakai atau Pinjaman PTPTN. Namun ini adalah bantuan MAIWP dan tidak perlu dibayar semula.

Permohonan Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP

Berikut merupakan maklumat-maklumat asas yang perlu anda tahu mengenai Permohonan Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Syarat Umum

Ada 4 Syarat umum yang mesti dipenuhi untuk memohon. Iaitu:

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Kelayakan Had Kifayah

Had kifayah ni apa?

Had Kifayah ni adalah suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu atau bagi sesebuah keluarga.

Had al-kifayah merujuk kepada suatu garisan, had atau kadar keperluan asas minimum.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan had kifayah ini merangkumi enam ( 6 ) aspek iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

Siapa Itu Asnaf?

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab.

Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi

Kalkulator Had Kifayah

Untuk mengetahui sama ada anda had kifayah anda layak atau tidak, MAIWP ada menyediakan kalkulator had kifayah.

Anda cuma harus ke laman sesawang yang disediakan oleh MAIWP di Portal mereka.

Isi semua maklumat yang diminta dan anda akan mendapat keputusan pantas.

Untuk pengiraan pantas, klik SINI.

Borang Dan Dokumen Permohonan

Segala keperluan permohonan mestilah dipenuhi dan maklumat haruslah betul. Berikut kami kongsikan senarai dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini.

Borang Permohonan

Untuk memohon anda perlu memuat naik borang permohonan di Portal MAIWP. Untuk muat turun klik SINI.

Dokumen Lain

Dokumen lain yang diperlukan adalah seperti yang tertera di Senarai Semak Bantuan. Kepilkan Senarai Semak di depan Borang Permohonan.

Pastikan anda isi dengan betul maklumat dan memenuhi keperluan permohonan.

Untuk muat turun borang senarai semak, klik SINI.

Dokumen seperti yang tertera di senarai semak ialah:

  1. Borang permohonan
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO.
    • Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah.
  5. Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah.
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.

Dokumen Khas

Keluarga bercerai. : Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli keluarga telah meninggal dunia. : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara baru. : Satu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya. : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap sakit kronik. : Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang mengikuti pengajian di IPT. : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga bermasalah. : Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis. : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Ke mana Perlu Dihantar Permohonan?

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP.

Senarai Cawangan Baitulmal MAIWP

  1. Cawangan UTC Pudu Central
    Jalan Pudu,
    55100 Kuala Lumpur.
    Tel: 03 20702004
  2. Cawangan Parlimen Batu
    Jalan Ipoh,
    51200 Kuala Lumpur.
    Tel: 03 62596905
  3. Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
    Pusat Perniagaan Danau Lumayan,
    Jalan Danau Lumayan,
    56000 Kuala Lumpur.
    Tel: 03 91910116
  4. Cawangan Parlimen Putrajaya
    Aras 7, Blok E2, Kompleks E,
    62502 Putrajaya.
    Tel: 03 88842627
  5. Cawangan Parlimen Wangsa Maju
    Jalan Wangsa Delima 13,
    53300 Kuala Lumpur
  6. Cawangan Parlimen Seputih
    Medan Klang Lama,
    58100 Kuala Lumpur

Kesimpulan Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP

Artikel Mohon Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP ini, bolehlah disebarkan kepada rakan-rakan, saudara mara, ahli keluarga yang memerlukan Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Diharap entri Mohon Zakat Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP dapat membantu meringankan beban anda terutamanya kepada para asnaf.

Lebih Info mengucapkan selamat maju jaya dan selamat memohon!



Source link

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *