Motorola Moto G8 Power Dan Moto G Stylus Dilancarkan – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Stylus Terbina


Motorola selama telah melancarkan Motorola Moto G8 Power dan Moto G Stylus, dua lagi peranti kelas pertengahan yang dilengkapi cip Snpadragon 665. Kedua-dua peranti menyasarkan pengguna yang ingin mencari peranti kelas pertengahan yang dijual pada harga yang mampu milik.

Moto G8 Power dilengkapi skrin 6.4″ LCD FHD=, dijana cip Snapdragon 665, memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 16+8+2 MP, kamera swafoto 16 MP dan bateri sebesar 5000 mAh.

Moto G Stylus pula dilengkapi skrin 6.4″ LCD FHD=, dijana cip Snapdragon 665, memori sebesar 4GB RAM, storan 128GB, kamera utama 48+16+2 MP, kamera swafoto 16 MP dan bateri sebesar 4000 mAh.

 Stylus yang disertakan mempunyai fungsi yang sama dengan Galaxy Note di mana nota boleh ditulis terus pada skrin tanpa skrin perlu dinyahkunci. Ia walau bagaimanapun tidak mempunyai sokongan bluetooth untuk sistem kawalan jauh.

Kedua-dua peranti mempunyai sebuah pengimbas cap jari fizikal pada bahagian belakang, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara stereo. Aneh sekali kedua-duanya juga tidak mempunyai sokongan NFC pada waktu ini.

Motorola Moto G8 Power dijual pada harga $250 (~RM1035) sebuah manakala Motorola G Stylus pula pada harga $300 (~RM1242) sebuah bermula musim bunga ini.



Motorola Moto G8 Power Dan Moto G Stylus Dilancarkan – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Stylus Terbina

Add a Comment

Your email address will not be published.