MYNIC Menawarkan Domain .MY Pada Harga RM 60 Untuk Golongan OKU


MYNIC merupakan nama yang tidak asing bagi mereka yang ingin bergiat dalam dunia digital di Malaysia. Mereka merupakan pendaftar rasmi domain .MY dan turut menyediakan perkhidmatan digital yang lain kepada pengguna.

Bermula tahun ini, mereka telahpun menawarkan pendaftaran domain .MY pada harga yang lebih rendah untuk kumpulan orang kelainan upaya (OKU). Ini sejajar dengan tugas mereka dibawah KKMM bagi mempromosikan identiti domain .MY dikalangan rakyat Malaysia.

Menerusi inisiatif ini, golongan OKU boleh mendaftar domain .MY dengan diskaun 50%. seumur hidup. Golongan OKU yang berminat dengan domain .MY boleh mendaftar domain ini pada harga RM60 setahun, dan boleh memperbaharuinya pada harga yang sama untuk tahun-tahun yang seterusnya.

Individu OKU tersebut perlulah berumur 18 tahun keatas, dan mengemukakan kad pengenalan dan juga kad OKU yang sah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan domain pada harga khas ini. Setiap OKU juga boleh mendaftar sehingga 5 domain .MY untuk menikmati insentif ini.

Bagi mendaftar domain .MY, warga OKU boleh mendaftar terus menerusi laman MYNIC iaitu ichoose.my, atau menerusi agen jualan rasmi yang telah dilantik, antaranya Exabytes, Cynet Hosting, MyDunia Hosting, Basket Asia, First Online & Modernone Data Solutions.

Maklumat Lanjut: MYNIC OKU Benefits



MYNIC Menawarkan Domain .MY Pada Harga RM 60 Untuk Golongan OKU

Add a Comment

Your email address will not be published.