Netizens Muslim Promosi Cat Bebas Dna Babi. #BMF


VIRAL | Tahukah anda sesetengah cat ada DNA BABI di dalam kandungannya?Nak tahu lebih lanjut baca penulisan viral dari Izzat Ibrahim. Menurut Tuan Izzat, sesetengah kandungan cat mempunyai DNA Procine ataupun DNA babi yang berperanan untuk membuatkan tekstur cat kelihatan menarik dan lebih berkilat.Izzat Ibrahim : Sekarang sedang viral tentang cat pertama keluaran bumiputera, Bina Paint. Kena pula isteri saya sedang buat kajian master tentang syarikat ni.Jadi saya kongsikanlah serba sedikit apa yang mereka ceritakan pada kami. Supaya kita semakin kenal dan yakin dengan produk cat bumiputera ini.Saya pun belajar banyak perkara daripada syarikat mereka. Hebat juga ya syarikat bisnes orang kita. Boleh lah sedikit mendepang dada. HeheKajian isteri saya adalah tentang perkataan ‘tijarah’ dalam Al-Quran. Beliau jadikan BINA Paint ini sebagai subjek kajian. Beliau pilih syarikat ini memang untuk bantu menaikkan lagi nama cat muslim di mata dunia.Saya kenal nama BINA ni sejak kecil lagi. Sebab ada seorang kawan Ayah saya membuka sebuah rangkaian syarikat BINA Integrated di Johor. Cuma BINA Integrated ni tidak sama dengan BINA Paint. Yang itu adalah syarikat kontraktor.Sebelum sesi temubual kali pertama kami dengan BINA Paint tahun lepas, kepala saya menanggung satu persoalan besar tentang syarikat. Kenapa mereka begitu berani menyatakan bahawa mereka adalah, “Peneraju Syarikat Cat Patuh Syariah.” Adakah mereka main suka-suka je nak letak?Saya sebagai graduan fakulti syariah, sedikit skeptikal lah dengan orang mudah-mudah nak gunakan terma ‘patuh syariah’ ni. Kita taknak lah ‘syariah’ tu diperkotak-katikkan dan dijadikan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Kan?! Takbir! (Semangat pulak tiba-tiba. Haha)Bila kita ada persoalan, kita tanya terus.Selepas pertemuan, persoalan saya terjawab dengan bukti yang meyakinkan. Antaranya: (Boleh tengok lebih terperinci dalam gambar)1. Pengurusan yang diiktiraf oleh SIRIM. Sijil Quality Management System ISO 2001 : 2015. Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti oleh SIRIM.2. Menaik taraf pengurusan kepada pengiktirafan patuh syariah (MS 1900 : 2014). Sijil ini adalah hasil kerjasama antara SIRIM dan USIM (Universiti Sains Islam Malaysia).4. Green Tech – Bahan yang mesra alam sekitar. Tin cat mereka ada lambang macam lambang kat belakang kereta Myvi baru tu.5. Menjaga batasan dalam marketing. Tidak ekploitasi wanita. Mereka gunakan gambar IM Asyraf dalam iklan. Dan tidak over-claim macam menabur janji lebih-lebih.6. Pelesenan Patuh Syariah terhadap produk cat. Dikeluarkan oleh ElcorP Technology Sdn Bhd.7. Pengiktirafan bahan yang bebas daripada DNA Procine (DNA Babi) daripada HALVEC Laboratories. DNA Procine ini fungsinya untuk nampakkan cat lebih berkilat dan texture lebih menarik.Yang ini saya paling terkejut sampai membulat mata. Macam mana lah kalau tempat kita tunaikan ibadah seperti masjid dan surau… diwarnakan dengan cat yang ada DNA Procine ni. huhuSelain daripada itu, saya belajar banyak perkara lain:1. Tidak cakap buruk tentang produk dan perniagaan orang lain.Isteri saya ada tanya pada CEO, Tuan Haji Rosli Adam tentang produk cat lain yang ada di Malaysia. Adakah mereka bersih daripada kandungan DNA Procine.Beliau jawab, “Dalam bisnes, tidak bagus kita cakap tentang produk orang lain. Fokus dengan produk sendiri. Tapi apa yang saya boleh cakapkan, selagi mereka tidak ada pengiktrafan daripada HALVEC Laboratories atau mana-mana makmal bertauliah dengan standard Malaysia.”Saya setuju dengan beliau. 10 minit kita cakap keburukan orang lain, sebenarnya kita telah bazirkan 10 minit untuk berbincang bagaimana nak naikkan mutu produk sendiri.2. Berusaha mendapatkan pengiktirafan halal. Menyediakan produk yang halalan toyyiba adalah sebuah jihad.Mula-mula, mereka cuba untuk mendapatkannya daripada JAKIM. Tapi JAKIM tidak boleh keluarkan sebab cat bukan tersenarai dalam kategori makanan. Boleh makan, tapi berbuih lah mulut nanti. Haha.Pada tahun 2016, cat mereka berjaya lepasi ujian daripada HALVEC Laboratories. Disahkan bebas daripada DNA Procine dan kandungan lain yang membahayakan. Seterusnya berjaya mendapatkan sijil produk patuh syariah daripada Elcorp Technology Sdn Bhd.3. Berusaha sungguh-sungguh untuk menjalankan perniagaan dengan sistem yang bagus.Selain daripada fokus kepada jualan, perlu juga fokus untuk perbaiki sistem pengurusan perniagaan. Apabila sistem sudah baik, semakin mudah untuk kita kembangkan perniagaan dan bersaing dengan gergasi bisnes yang lain.Ya, sampai bila kita nak jadi bilis. Transform lah jadi jerung pula. HuhuTuan Rosli kata, untuk mendapat keseluruhan pengikitrafan pengurusan yang baik dan patuh syariah ini memakan belanja yang sangat besar. Namun apa yang beliau nasihatkan, “Sekarang ini sudah menanam cita-cita pun sudah cukup bagus.”4. Dream big (Bercita-cita besar) untuk meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.BINA Paint sedang berusaha memasuki pasaran Indonesia dan Thailand. Sama-sama kita doakan agar urusan mereka lancar dan berjaya.5. Berniaga bukan untuk untung semata-mata.Isteri saya ada bertanya tentang apakah inspirasi Tuan Rosli dalam perniagaan?Beliau kata, sebelum berniaga beliau ada ikuti beberapa kelas tentang kepentingan menjual produk halal dan pengurusan yang berlandaskan syariah. Jadi bila memulakan perniagaan, semangatnya berkobar-kobar untuk menuju ke arah tersebut. Iaitu mematuhi Syariah.Beliau tambah lagi, kos untuk mendapat pengiktirafan ini bukan suatu yang murah. Memakan masa dan duit yang banyak.Baru saya faham. Cat BINA Paint ni dah 14 tahun di pasaran. Tapi masih kurang dikenali sampai ada yang kata dah 50 tahun hidup baru hari ini dengar pasal cat ni. Huhu. Patutlah promosi jarang-jarang kelihatan. Rupa-rupanya duit mereka banyak disalurkan untuk membina sistem yang bagus dan hasilkan produk yang baik.Anak CEO sudah sertai syarikat. Ibrahim Rosli namanya. Beliau sekarang duduk di posisi marketing. Biasanya apabila generasi kedua mula sertai, sebuah organisasi akan bertambah maju. Sebab mereka bawa idea dan fokus yang baru. Insya-Allah. Kita sama-sama doakan.Produk cat BINA Paint ini bukan sekadar pengguna akhir sahaja perlu beli. Malah, kita juga boleh mencadangkan kepada pemilik syarikat pembinaan untuk tukar daripada produk cat jenama lain kepada cat BINA Paint.Memang tidak mudah untuk para kontraktor Muslim nak tukar cat yang sudah biasa guna sebelum ini. Risau jika kurang kualitinya dan kesian pula pelanggan mereka.Namun apa salahnya cuba dulu. Kan?Cuba kalian cari di kedai-kedai hardware. Kalau takda, cuba tanya bos. Nanti dah banyak kali kena tanya, kedai pun mesti cari cat untuk dijual. Sebab ada permintaan yang banyak oleh pelanggan. HeheIzzat Ibrahim Bin Shamjuddin.Panjang saya tulis ni. Sila lah support. HihiMohon #SHARE dan #TAG rakan-rakan anda supaya lebih ramai tahu dan yakin dengan cat pertama bumiputera ni. Kita bantu BINA Paint untuk bersaing dengan cat lain yang terkemuka di pasaran.*Bacaan tambahan:#LIKE Page Rasmi BINA Paint untuk tahu lebih lagi aktiviti mereka;https://www.facebook.com/binapaint/Utusan: “Bina Paint, pengeluar cat patuh syariah”https://www.utusan.com.my/…/bina-paint-pengeluar-cat-patuh-…Utusan: “Rosli bukti kejayaan tanpa kerja makan gaji”https://www.utusan.com.my/…/rosli-bukti-kejayaan-tanpa-kerj…Utusan: “KILANG penghasilan cat Bina Paint Industries Sdn. Bhd.”https://www.utusan.com.my/…/kilang-penghasilan-cat-bina-pai…#BMF #BMBF #BINAPaint

Add a Comment

Your email address will not be published.